
Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Haji Mohd Anuar Tahir hadfir menyampaikan anugerah kecemerlangan UPSR kepada para pelajar di Kampung Petai. (Foto atas)
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 3:17 PM 0 comments
Labels: Berita
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 4:19 PM 0 comments
Labels: Berita
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 12:55 PM 0 comments
Labels: Berita
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 12:44 PM 0 comments
Labels: Berita
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 5:01 PM 0 comments
Labels: Berita
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 3:21 PM 0 comments
Labels: Berita
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 3:18 PM 0 comments
Labels: Perutusan Pimpinan
Program anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis dan MTD Santan. Baca disini...
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 3:14 PM 0 comments
Labels: Aktiviti, Program Terkini
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 11:49 AM 0 comments
Labels: Berita
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 11:42 AM 0 comments
Labels: Program Terkini
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 3:43 PM 0 comments
Labels: Berita
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 3:29 PM 0 comments
Labels: Berita
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 1:58 PM 0 comments
Labels: Berita
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 11:56 AM 0 comments
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 5:22 PM 0 comments
BESERI - Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menyiasat kenyataan Ketua Polis Negera, Tan Sri Musa Hassan yang menyatakan bahawa pihak polis tidak boleh menjalankan tugas mereka kerana ada gangguan pihak ketiga.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan itu adalah suatu yang paling berat dalam sejarah negara ini yang dibuat oleh seorang Ketua Polis Negara.
"Kenyataan Musa itu dibuat seminggu sebelum beliau bersara, makananya dia masih lagi bertugas sebagai Ketua Polis Negara. Kenyataan ini adalah suatau yang paling berat dalam sejarah dibuat oleh Ketua Polis Negara yang masih bertugas.
"Ertinya apa yang kita sebut selama ni "sudah terang lagi bersuluh, sudah kenal lagi nyata" bahawa polis di Malaysia tidak bebas,"katanya ketika berceramah di Markas PAS Paya di sini baru-baru ini.
Tegasnya lagi, kenyataan Musa itu membuktikan bahawa pihak polis dan kerajaan negara ini sudah hilang wibawa.
"Perkara ni siapa yang cakap? Tan Sri Musa Hassan yang pada masa itu masih lagi Ketua Polis Negara. Kerajaan kena buat suruhanjaya menyiasat apa yang didakwa beliau.
"Selama ni kita tuduh orang tak percaya, tapi bila Musa Hassan pula kenapa bila dah nak pencen baru nak caka? Kenapa tak cakap awal-awal2
"Tak apalah lambat bercakap, asal jangan tak cakap langsung. Kepada Musa Hassan, tolonglah jangan behenti setakat ini, kalau kamu tak ada tempat mari naik pentas kami cerita apa yang berlaku," ujarnya sambildisambut tepukan oleh para hadirin.
Dalam ceramah penerangan tersebut, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat turut menyampaikan ucapan. Antaraynya, Yang Dipertua PAS Padang Besar, Mohd Anuar Tahir; Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan serta Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 10:53 PM 0 comments
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 1:20 PM 0 comments
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 5:34 PM 0 comments
Labels: Aktiviti
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 1:53 PM 0 comments
Labels: Ceramah
Permasalahan yang dibangkitkan oleh Presiden MCA berbentuk resolusi dari kongres ekonomi yang dianjurkan oleh parti itu baru-baru ini adalah merupakan satu lagi manifestasi kegagalan Barisan Nasional dalam memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum dalam negara kita ini. Keadaan ini tambah merumitkan apabila MCA yang merupakan satu parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan. Kegagalan inilah juga yang turut dikongsi bersama oleh parti MIC.
Orang Melayu dalam negara ini juga tidak boleh lagi terus percaya bahawa UMNO akan membela nasib mereka, setelah selama puluhan tahun rakyat sama-sama melihat bagaimana sistem yang ada dalam negara kita ini menuju kepada pengagihan hasil ekonomi negara kepada kelompok UMNO-putra. Ketidakadilan ini bukan sahaja dirasai oleh pelbagai kaum yang wujud dalam negara kita, bahkan juga berlakunya diskriminasi terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang berlainan fahaman politik dengan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO-BN.
Bukan itu sahaja, politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN dikala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini.
Oleh itu, saya menyeru agar semua lapisan rakyat dalam negara kita agar dapat bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan UMNO-BN.
Kepada seluruh rakyat dalam negara kita, marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik songsang mainan UMNO-BN ini, dengan kita sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 3:06 PM 0 comments
PAYA - Majlis pelancaran plan tindakan PRU13 DUN Santan diadakan di Markas PAS Paya. Turut dihadiri YDP, Hj MOhd Anuar Tahir dan Pengarah JPN, Hj Abdul Karim Md Rejab.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 2:22 PM 0 comments