Wednesday, November 25, 2009

Ceramah Korban

Pakat-pakat mai awal... ada kenduri korban


Monday, November 16, 2009

19 tahun PAS lulus KPI dengan cemerlang - Lim Kit Siang


Petikan Harakahdaily

KOTA BHARU, 16 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama lima penggal berturut-turut adalah KPI cemerlang kerajaan PAS mengekalkan sokongan rakyat di negeri ini.

Kejayaan tersebut seharusnya menjadi landasan kepada Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha untuk menumbang kerajaan Umno – Barisan Nasional (BN) seterusnya menguasai Putrajaya.

Perjuangan ke arah itu mesti diperkasakan sepanjang masa demi menghapus ataupun melenyapkan sistem pemerintahan kerajaan Umno yang angkuh, sombong serta banyak menyusahkan rakyat.

Lim menyedari banyak kepincangan berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno terutama berkaitan struktur menangani sesuatu isu yang mana rakyat ingin melihat kesannya dari sudut yang adil seperti fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegasnya, beliau tetap malah terus dengan pendirian bahawa penubuhan SPRM adalah semata-mata demi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Umno dan ianya jelas menyimpang dari prinsip asal penubuhannya.

“Sampai ke hari ini kes penyelewengan jutaan ringgit dalam Umno melibatkan orang-orang ternama dalam politik Umno hanya bisu. Siasat juga, tapi siasatan tinggal siasatan sampai bertahun-tahun,” katanya pada satu majlis ceramah umum, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyokong kenyataan Lim merujuk kepada beberapa isu seperti Perwaja, PKFZ yang hingga kini belum ada apa-apa tindakan terhadap mereka terbabit.

Lalu Abdul Hadi menegaskan kezaliman serta pembohongan dilakukan kerajaan Umno tidak boleh dimaafkan kecuali Umno bertaubat kerana perbuatan khianat dilakukan melibatkan hak rakyat.

Takziah kepada keluarga Wan Nor Diana

PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan takziah kepada Saudara Wan Selamat Wan Ibrahim sekeluarga atas kehilangan anak tersayang, Wan Nor Diana, 12, yang mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Darat Jumaat lalu.


Wan Nor Diana, pelajar Sekolah Kebangsaan Beseri sebelum ini pernah menuntut di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa ditemui di Sungai Santan, Padang Jejawi lebih 15 jam selepas beliau terjatuh kira-kira jam 4.30 pada petang sebelumnya.

Al-Fatihah.

Monday, November 9, 2009

Bantuan kepada mangsa banjir di Beseri

Pengarah Khidmat Masyarakat PAS Padang Besar, Ustaz Yahya Ahmad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Lembah Biak, Beseri sambil diperhatikan oleh Pegawai Khidmat DUN Beseri, Saidin Hussin. Seramai 41 orang dari 7 keluarga terpaksa dipindahkan dan ditempatkan sementara di dewan MRSM Beseri.