Wednesday, June 20, 2012

Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Perlis


Wednesday, June 13, 2012

Jom Pi Dengar Ceramah


Tuesday, June 12, 2012

Pengusaha kecil tembakau tuntut janji kerajaan BN


KANGAR - Seramai 198 orang Penanam Pengawet Individu (PPI)  industri tembakau di negeri ini mendakwa dinafikan hak mereka oleh kerajaan setelah pihak Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) memberhentikan operasi memproses tembakau sejak dua tahun lalu.

Sehubungan itu, semua PPI telah hilang sumber pendapatan utama bila operasi penanaman, pengawetan dan penjualan tembakau yang dihentikan selain terpaksa menanggung beban hutang yang dibuat dahulu.


Menurut wakil PPI yang ditemui Harakah, beliau berkata pihaknya berasa terkilan, kecewa dan tidak berpuashati dengan pihak LKTN dan kerajaan yang gagal memberikan jawapan tentang pampasan yang sepatutnya mereka terima.


"Di manakah pampasan untuk kami selepas dua tahun kehilangan pendapatan dan pekerjaan sedangkan pengawet-pengawet besar telah dibayar pampasan sehingga bernilai jutaan ringgit beserta dengan pelangsaian hutang bank sedangkan kami PPI dilupakan.

"Semasa kerajaan mahu memberhentikan operasi, kami telah dimaklumkan secara lisan dalam satu perjumpaan bahawa pampasan akan diberikan, tapi sehingga kini janji tersebut masih belum ditunaikan," jelasnya.

Menurutnya lagi, pemberhentian pemprosesan tembakau ini disebabkan kuota yang terpaksa dikurangkan di negeri Perlis akibat kempen anti merokok.

Katanya, pampasan yang dituntut adalah sama dengan Penanam Pengawet Usahasama (PPU) iaitu untuk nilai ban dan bangsal mengilas sahaja.


"Pada tahun 2008 kami diberikan RM5000 wang peralihan modal kerana para penanam telah kehabisan modal akibat bencana alam. Kami, 198 orang PPI di negeri ini berasa amat kecewa kerana semasa permohonan untuk mendapatkan lesen PPI dulu dimestikan seorang ahli Umno barulah diluluskan.


"Tapi kini di manakah yang dikatakan kerajaan Umno-BN yang dikatan amat prihatin kepada rakyat khususnya kami yang berpendapatan rendah? Kami sanjung kerajaan yang adil tapi dah jadi seperti anak dipekan disusukan tapi anak di kampung mati tak makan. LKTN jangan lepas tangan dalam masalah ini," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya bukan tidak mahu meneruskan projek tanaman tembakau tetapi akibat kuota yang dikurangkan maka LKTN terus memberhentikannya.

"Ini tidak adil kerana ianya menghapuskan sumber ekonomi orang Melayu. Sebahagian besar dar kami adalah orang kampung yang sudah berumur dan kini kehilangan pekerjaan dan pendapatan tetap. 

"Jangan anak-tirikan kami. Kami hanya menuntut hak kami dan menuntut jawapan dari kerajaan. Kami berharap seluruh warga PPI ini akan memilih kerajaan yang mempu membela rakyat nanti," katanya lagi.

Thursday, June 7, 2012

Ceramah Pakatan Rakyat