Monday, March 21, 2011

Ceramah Pakatan Rakyat di Markaz Paya

Ceramah diadakan di Markas PAS Kg Paya pada 10 Mac lalu dengan dihadiri Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty, Haji Anuar Tahir, Hajjah Foziyah Hamzah dan Ketua Cabang PKR Padang Besar, Johari Shafie.

YDP, Haji Anuar bersama Dr Mohd Nur
Dr Mohd Nur Manuty:
"PKR akan pastikan calonnya untuk PRU 13 berakhlak dan bukannya pengkhianat yang boleh dibeli oleh Umno"

Wednesday, March 2, 2011

Mesyuarat Agung cawangan hampir selesai

Alhamdulillah, setakat ini lebih 90 peratus dari cawangan-cawangan PAS di dalam Kawasan Padang Besar telah selesai menjalankan Mesyuarat Agung tahunan masing-masing.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan, Haji Hisharuddin Hassan PAS Kawasan menyusun jadual mesyuarat agung cawangan-cawangan untuk diadakan sepanjang bulan Februari lalu.

"Hanya beberapa cawangan dari kesekuruhan 59 cawangan di kawasan Padang Besar yang menunda tarikh mesyuarat agung sehingga akhir bulan lalu.
"PAS Kawasan Padang Besar dijangka akan mengadakan mesyuarat agung pada 16 April akan datang. Cawangan-cawangan diminta mematuhi segala arahan berkaitan dokumen-dokumen yang perlu dihantar termasuk borang pencalonan AJK Kawasan," katanya.

Kerajaan PR Kedah telus, cekap dan berkat

MATA AYER - Kejayaan pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah bukan sekadar diakui oleh pimpinan dan penyokongnya sahaja malah turut diiktiraf oleh pihak luar temasuk pelabur asing, kata Timbalan Pengerusi KeADILan Kedah, Senator Ir Zamri Yusof.

Menurutnya, selain berjaya mentadbir negeri dengan prinsip ketelusan dan kecekapan, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah di bawah pimpinan Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak turut berjaya mempertingkatkan hasil pendapatan negeri melalui hasil balak dan sumbangan anak syarikat negeri.

"Dahulunya hasil balak semasa BN memerintah hanya sekitar RM8 juta, tapi tahun lalu hasil kecekapan pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah, sebanyak RM53 juta berjaya masuk ke akaun rakyat.

"Kita beritahu kawan-kawan kita yang asih dok pegang keris tu, ini satu ilmu hisab mudah, dulu hanya RM8 juta, kemudian masa kita dapat RM53 juta, bila tolak ada RM45 juta lagi. Mana hilangnya RM45 juta dulu?" katanya semasa berceramah di Markas PAS Perawah dekat sini 22 Februari lalu.

Selain itu menurutnya, hasil pendapatan kerajaan melalui sumbangan anak syarikat kerajaan negeri turut bertambah kira-kira RM40 juta pada tahun lalu selain meningkatnya kutipan zakat di negeri Kedah.

"Sekali lagi kita kira ilmu hisab mudah, zaman BN dulu tak ada sumbangan anak syarikat, tapi masa kita ada sekitar RM40 juta, mana hilangnya hasil masa dulu?

"Begitu juga dengan hasil kutipan zakat, bila kita urus tadbir dengan baik orang memberikan kepercayaan kepada kita. Bila kita urus dengan baik secara ekonomi nampak terang di depan mata, pelabur asing pun percaya dan yakin, kita juga beroleh keberkatan dengan meningkatnya hasil zakat,"jelasnya lagi.