Monday, December 20, 2010

Pakatan sediakan hidangan lebih sedap dari BN :TYDP

KANGAR - Ibarat sebuah hidangan makanan, Pakatan Rakyat kini sudah mampu untuk menyajikan hidangan atau menu yang lebih sedap berbanding dengan barisan Nasional, kata Timbalan Yang Dipertua PAS Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim.

Berucap dalam Forum Pakatan Rakyat Tawan Perlis anjuran KeADILan Cabang Arau 18 Disember lalu, beliau menyifatkan hidangan yang diberikan oleh BN adalah menu yang lama.

"Tapi jangan kita sahaja yang merasa sedap hidangan itu, tetapi tak boleh memberitahu orang lain tentang rasa sedap itu.

"Anggaplah kehadiran Pakatan sebagai satu kebangkitan rakyat bukan kebangkitan individu seperti Anwar Ibrahim atau Tok Guru Nik Aziz sahaja. Bila ianya kebangkitan rakyat, maka yang patut bersama-sama adalah rakyat seluruhnya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjadi panelis forum yang diadakan di Dewan Che Yang Khor dekat sini.

Forum rakyat ini turut mebariskan Ketua Penerangan PAS Perlis, Y.B. Rus'sele Eizan, wakil KeADILan iaitu Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Ketua Cabang Arau, Hashim Bakar; Thomas Su dari DAP dan aktivis veteran, Wan Khazim Wan Din.

0 comments: