Wednesday, October 12, 2011

Rakyat Perlis tuntut kerajaan negeri atasi masalah banjir

KANGAR - Setelah tiga kali banjir melanda negeri Perlis sebanyak tiga kali dalam masa tidak sampai setahun, warga Perlis yang prihatin telah mewujudkan laman Facebook "215,000 Rakyat Perlis tuntut Kerajaan Negeri atasi masalah BANJIR".

Bencana banjir berlaku pada bulan November 2010, bulan Mac dan September tahun ini menyebabkan kerosakan besar harta-benda penduduk selain meninggalkan perasaan trauma dan gelisah kepada mangsa banjir setiap kali hujan lebat turun.

Bagi sebahagian penduduk di kawasan sekitar Kangar pula, sudah tiga kali mereka menerima limpahan banjir dari kawasan utara Perlis. Dalam erti kata lain, kawasan mereka akan ditenggelami banjir dengan teruk selepas sehari atau dua hari kawasan lain ditenggelami banjir.

Dalam laman Facebook terbabit, pelabagai permasalahan diutarakan berkaitan bencana banjir yang telah melanda Perlis yang menuntut kerajaan negeri untuk mengambil tindakan untuk mengatasinya.

Antara lainnya pengunjung yang meninggalkan komen menyatakan masalah utama berlakunya banjir di Perlis ialah masalah pengairan yang masih belum dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran.

Begitu juga, seorang pengunjung meninggalkan komen mendakwa Kerajaan Perlis tidak memohon bajet untuk tebatan banjir dalam Rancangan Malaysia Ke 10 bebrbanding kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat.

Ada juga pengunjung yang mempersoalkan pihak berwajib yang tidak membuat "post mortem" selepas banjir yang pertama atau kedua, dari segi punca berlakunya banjir, langkah langkah kawalan jangka pendek dan panjang selain kerugian atas kerosakan yang berlaku.

Difahmakan bahawa masih ramai mangsa banjir kali pertama tahun lalu masih belum mendapat bantuan banjir yang dijanjikan. Bagi yang telah menerimanya pula, jumlah yang diperolehi itu tidaklah mencukupi, malah mereka terpaksa pula menghadapi kerugian berganda pula pada tahun ini.

0 comments: