Monday, October 24, 2011

Dari Sham Kamikaze ke lagu "Lau Kana Bainana"

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Petang Khamis lalu, semasa singgah di Masjid Bukit Indah, Ampang, saya tertarik dengan poster warna-warni yang ditampal berdekatan pintu utama. Forum agama, "Syoknya Islam", di Surau Pandan Indah, menampilkan beberapa personaliti seperti Sham Kimakaze, Diana Amir dan Irma Hasmie.

Poster seumpama itu bukan perkara asing lagi. Kini, sepanduk, kain rentang dan risalah yang mempromosi aktiviti keagamaan artis-artis terkenal tanahair mudah dilihat di mana-mana.

Kalau dahulu, nama-nama yang kita dengar sekadar Akil Hay, Wardina, Noor Kumalasari, Waheeda, Aishah, kini senarainya lebih panjang.

Rahmat Ekamatra

Selain Bob Lokman, saya cepat terkesan dengan beberapa selebriti yang dikatakan sama-sama "berhijrah" seperti Iwan Syahman, Rahmat Ekamatra dan Catriona Ross.

Semasa membelek sisipan Utusan Malaysia, Mega, edisi Khamis itu juga, dua lagi nama artis lelaki dilaporkan "membuat anjakan pada penampilan dan cara hidup yang lebih mengikut hukum syarak", iaitu Abdullah Ahmad (Lah) dan Mohd Aizam Mat Saman (Adam VIP).

"Ketika mengikuti kelas agama bersama Ameer Ruffedge dan Zaf, buat pertama kali saya mendengar qasidah dan hati ini terus jatuh cinta kerana kemerduannya. Dalam qasidah ada jaz, R&B dan ia membuatkan saya menitis air mata kerana irama seindah itu tidak pernah dipandang," kata Lah.

Segera saya teringat, semasa menjadi editor majalah Muslimah, hampir 20 tahun lalu, saya pernah meminta wartawan menemuramah penyanyi Rahimah Rahim, yang mencipta kejutan dengan memilih untuk menutup aurat.

LAGI >>

0 comments: