BESERI - Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menyiasat kenyataan Ketua Polis Negera, Tan Sri Musa Hassan yang menyatakan bahawa pihak polis tidak boleh menjalankan tugas mereka kerana ada gangguan pihak ketiga.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan itu adalah suatu yang paling berat dalam sejarah negara ini yang dibuat oleh seorang Ketua Polis Negara.
"Kenyataan Musa itu dibuat seminggu sebelum beliau bersara, makananya dia masih lagi bertugas sebagai Ketua Polis Negara. Kenyataan ini adalah suatau yang paling berat dalam sejarah dibuat oleh Ketua Polis Negara yang masih bertugas.
"Ertinya apa yang kita sebut selama ni "sudah terang lagi bersuluh, sudah kenal lagi nyata" bahawa polis di Malaysia tidak bebas,"katanya ketika berceramah di Markas PAS Paya di sini baru-baru ini.
Tegasnya lagi, kenyataan Musa itu membuktikan bahawa pihak polis dan kerajaan negara ini sudah hilang wibawa.
"Perkara ni siapa yang cakap? Tan Sri Musa Hassan yang pada masa itu masih lagi Ketua Polis Negara. Kerajaan kena buat suruhanjaya menyiasat apa yang didakwa beliau.
"Selama ni kita tuduh orang tak percaya, tapi bila Musa Hassan pula kenapa bila dah nak pencen baru nak caka? Kenapa tak cakap awal-awal2
"Tak apalah lambat bercakap, asal jangan tak cakap langsung. Kepada Musa Hassan, tolonglah jangan behenti setakat ini, kalau kamu tak ada tempat mari naik pentas kami cerita apa yang berlaku," ujarnya sambildisambut tepukan oleh para hadirin.
Dalam ceramah penerangan tersebut, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat turut menyampaikan ucapan. Antaraynya, Yang Dipertua PAS Padang Besar, Mohd Anuar Tahir; Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan serta Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik.
Monday, September 20, 2010
Mat Sabu: Musa Hassan, mari naik pentas kami!!
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 10:53 PM 0 comments
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Padang Besar
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Padang Besar diadakan pada 17 September lalu di perkarangan rumah YDP PAS Kawasan, Haji Mohd Anuar Tahir di Beseri.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 1:20 PM 0 comments
Friday, September 17, 2010
Sekitar Ceramah di Markas Paya, 14 September
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 5:34 PM 0 comments
Labels: Aktiviti
Thursday, September 16, 2010
Ceramah Tok Guru...Jom pakat pi ramai2
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 1:53 PM 0 comments
Labels: Ceramah
Thursday, September 9, 2010
Thursday, August 26, 2010
Waspada Dengan Mainan Api Perkauman
Permasalahan yang dibangkitkan oleh Presiden MCA berbentuk resolusi dari kongres ekonomi yang dianjurkan oleh parti itu baru-baru ini adalah merupakan satu lagi manifestasi kegagalan Barisan Nasional dalam memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum dalam negara kita ini. Keadaan ini tambah merumitkan apabila MCA yang merupakan satu parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan. Kegagalan inilah juga yang turut dikongsi bersama oleh parti MIC.
Orang Melayu dalam negara ini juga tidak boleh lagi terus percaya bahawa UMNO akan membela nasib mereka, setelah selama puluhan tahun rakyat sama-sama melihat bagaimana sistem yang ada dalam negara kita ini menuju kepada pengagihan hasil ekonomi negara kepada kelompok UMNO-putra. Ketidakadilan ini bukan sahaja dirasai oleh pelbagai kaum yang wujud dalam negara kita, bahkan juga berlakunya diskriminasi terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang berlainan fahaman politik dengan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO-BN.
Bukan itu sahaja, politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN dikala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini.
Oleh itu, saya menyeru agar semua lapisan rakyat dalam negara kita agar dapat bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan UMNO-BN.
Kepada seluruh rakyat dalam negara kita, marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik songsang mainan UMNO-BN ini, dengan kita sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 3:06 PM 0 comments