Thursday, February 21, 2013
Foto pelbagai program terkini
![]() |
YDP dan isteri ziarah di Padang Lati |
![]() |
YDP ziarah di Kg Alor Sena |
![]() |
TYDP dan Ketua Urusan Ulamak ziarah di Tassoh |
![]() |
Majlis makan malam pelancaran Dana Pasti Cawangan Sg Buluh turut dihairi kaum Thai |
![]() |
Ketua Urusan Ulamak bersama Jawatankuasa Cawangan Guar Medang Gatal selepas bersama mendirikan papan tanda baru Markas cawangan /UPU |
![]() |
Team PKC Parlimen |
![]() |
TYDP di program himpunan jentera PRU Pemuda |
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 6:25 PM 0 comments
Labels: Program Terkini
Anuar Tahir: Tak mustahil PR tawan Perlis
Petikan dari Sinar Harian
KANGAR – Barisan Nasional (BN) didakwa mempunyai peluang besar untuk
menjadi pembangkang di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
Menurutnya, walaupun tsunami politik semasa PRU12 tidak secara
menyeluruh sampai ke negeri ini, tapi rakyat sudah sedar akan keupayaan
kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri dengan baik.
“Rakyat sudah sedar dan melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan PR diterajui Pas umpamanya di Kedah.
“Kita dapat lihat kemampuan pentadbiran yang bersih rasuah dan
pembaziran dalam pengurusan kewangan negeri, maka rakyat negeri ini pun
mahukan perubahan sedemikian.
“Saya yakin perpecahan dalam Umno dan BN sudah hampir menjadi sempurna
dan mereka berpeluang untuk menjadi pembangkang yang baik di negeri ini.
Mereka boleh ikut jejak rakan-rakan mereka di Kedah, Pulau Pinang,
Selangor dan Kelantan yang menjadi
pembangkang yang baik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, rakyat juga sudah bosan dengan pentadbiran Umno dan BN sejak
puluhan tahun lamanya yang tidak membawa pembaharuan di negeri ini.
“Selepas adakan program rumah ke rumah, saya dapati rakyat negeri ini
sudah boleh menerima pentadbiran PR. Mereka sudah boleh menerima Pas di
negeri ini dan bosan dengan pentadbiran lama.
“Ini tidak pernah berlaku sejak 1997. Pada awalnya, rakyat negeri ini
tidak pernah terbuka untuk menerima PR. Tapi sekarang ini mereka sudah
terbuka untuk bersama dengan PR,” katanya.
Anuar berkata, golongan muda terutamanya juga semakin berani dan mahukan perubahan di negeri ini dengan pentadbiran baru.
“Kita faham orang muda ini tidak akan hadir ke program ceramah-ceramah
yang kita buat. Tapi kita yang bergerak bertemu dengan mereka sebab
mereka ini lebih banyak masa melayari laman sesawang dan sebagainya.
“Dari situlah mereka akan mendapat cukup maklumat dan berdasarkan
itulah mereka tahu ketirisan yang berlaku dalam Umno dan BN,” katanya.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 6:10 PM 0 comments
Labels: Kenyataan Akhbar
Friday, February 8, 2013
Muhyiddin, lihatlah Umno Perlis sedang kritikal
KANGAR: PAS Perlis melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang mengatakan Barisan Nasional (BN) mampu mencatat
kemenangan besar di Perlis pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 akan datang
sebagai kenyataan terdesak.
Menurut Timbalan
Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir (gambar), kenyataan Muhyidin yang
dibuat ketika kunjungannya ke Perlis semalam adalah semata-mata untuk membangkitkan
semangat penyokong mereka di samping meraih sebanyak mungkin simpati terhadap
Umno BN Perlis.
"Dia sendiri pun
tahu bahawa rakyat Perlis sudah bersedia untuk membuat perubahan pada PRU akan
datang dan dia juga tahu BN Perlis sendiri berada pada tahap kritikal. Ini
dilihat bila mana beliau sendiri malahan Perdana Menteri pun acap kali turun ke
Perlis. Kenyataan Muhyidin ini sama juga dengan kenyataan Menteri Besar Perlis
yang dibuat beberapa kali sebelum ini.
"Sekarang mereka
(BN) memasang bendera di seluruh negeri dan cuba menggambarkan suasana pilihan
raya yang semakin hampir, tapi kita percaya perhimpunan yang mereka buat di
beberapa lokasi di negeri ini akan dihadiri oleh orang yang sama, malahan
termasuk orang-orang luar parti yang diarahkan hadir," kata beliau yang
juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Melihat senario politik
semasa di Perlis, Mohd Anuar menasihatkan Muhyiddin supaya melihat pergolakan
dalaman yang sedang melanda Umno BN Perlis yang dilihatnya tiada berkesudahan
sebelum membuat ramalan bahawa mereka akan menang besar di Perlis.
Malah katanya, beliau
tidak gusar dengan kenyataan tersebut kerana yakin Muhyidin sendiri pun sudah
membaca laporan-laporan serta kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak tentang
kedudukan BN di Perlis mahupun di seluruh negara.
"Rasanya lebih
baik Muhyidin balik jaga Putrajaya dulu sebelum sebut nak menang besar di
Perlis. Di Putrajaya pun BN sudah begitu tergugat kedudukan mereka,” ujarnya.
Di Perlis, kata beliau
mereka kena cermin diri dulu sebelum bercakap tentang menang besar kerana
rakyat Perlis sudah bosan dengan perbutan kuasa, perebutan pangkat dan
kedudukan di kalangan pemimpin Umno Perlis yang dilihat tidak menunjukkan
tanda-tanda akan reda.
"Walaupun tsunami
politik 2008 tak sampai ke negeri ini, tapi rayat Perlis pun sudah sedar dan
melihat keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah
umpamanya,” ujarnya.
Tamba beliau, rakyat
Perlis melihat kemampuan pentadbiran yang berjaya mengekang rasuah dan
pembaziran serta kecekapan mengurus tadbir ekonomi, maka mereka pun mahu
perubahan di negeri ini.
"Saya percaya
bahawa ubat paling mujarab untuk Umno-BN Perlis ialah dengan menjadikan mereka
parti pembangkang di negeri ini. Saya lihat mereka mempunya potensi besar untuk
menjadi pembangkang yang baik di negeri ini," jelasnya lagi.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 12:31 PM 0 comments
Labels: Kenyataan Akhbar
Subscribe to:
Posts (Atom)