KANGAR: PAS Perlis melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang mengatakan Barisan Nasional (BN) mampu mencatat
kemenangan besar di Perlis pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 akan datang
sebagai kenyataan terdesak.
Menurut Timbalan
Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir (gambar), kenyataan Muhyidin yang
dibuat ketika kunjungannya ke Perlis semalam adalah semata-mata untuk membangkitkan
semangat penyokong mereka di samping meraih sebanyak mungkin simpati terhadap
Umno BN Perlis.
"Dia sendiri pun
tahu bahawa rakyat Perlis sudah bersedia untuk membuat perubahan pada PRU akan
datang dan dia juga tahu BN Perlis sendiri berada pada tahap kritikal. Ini
dilihat bila mana beliau sendiri malahan Perdana Menteri pun acap kali turun ke
Perlis. Kenyataan Muhyidin ini sama juga dengan kenyataan Menteri Besar Perlis
yang dibuat beberapa kali sebelum ini.
"Sekarang mereka
(BN) memasang bendera di seluruh negeri dan cuba menggambarkan suasana pilihan
raya yang semakin hampir, tapi kita percaya perhimpunan yang mereka buat di
beberapa lokasi di negeri ini akan dihadiri oleh orang yang sama, malahan
termasuk orang-orang luar parti yang diarahkan hadir," kata beliau yang
juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Melihat senario politik
semasa di Perlis, Mohd Anuar menasihatkan Muhyiddin supaya melihat pergolakan
dalaman yang sedang melanda Umno BN Perlis yang dilihatnya tiada berkesudahan
sebelum membuat ramalan bahawa mereka akan menang besar di Perlis.
Malah katanya, beliau
tidak gusar dengan kenyataan tersebut kerana yakin Muhyidin sendiri pun sudah
membaca laporan-laporan serta kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak tentang
kedudukan BN di Perlis mahupun di seluruh negara.
"Rasanya lebih
baik Muhyidin balik jaga Putrajaya dulu sebelum sebut nak menang besar di
Perlis. Di Putrajaya pun BN sudah begitu tergugat kedudukan mereka,” ujarnya.
Di Perlis, kata beliau
mereka kena cermin diri dulu sebelum bercakap tentang menang besar kerana
rakyat Perlis sudah bosan dengan perbutan kuasa, perebutan pangkat dan
kedudukan di kalangan pemimpin Umno Perlis yang dilihat tidak menunjukkan
tanda-tanda akan reda.
"Walaupun tsunami
politik 2008 tak sampai ke negeri ini, tapi rayat Perlis pun sudah sedar dan
melihat keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah
umpamanya,” ujarnya.
Tamba beliau, rakyat
Perlis melihat kemampuan pentadbiran yang berjaya mengekang rasuah dan
pembaziran serta kecekapan mengurus tadbir ekonomi, maka mereka pun mahu
perubahan di negeri ini.
"Saya percaya
bahawa ubat paling mujarab untuk Umno-BN Perlis ialah dengan menjadikan mereka
parti pembangkang di negeri ini. Saya lihat mereka mempunya potensi besar untuk
menjadi pembangkang yang baik di negeri ini," jelasnya lagi.
0 comments:
Post a Comment