Thursday, February 21, 2013

Ceramah terkini


Foto pelbagai program terkini

Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya (kanan) menyerahkan kemeja T kepada wakil Pemuda DUN Santan pada program Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Kawasan Padang Besar yang diadakan di Kem Jayadiri, Bintong baru-baru ini. Program diadakn bagi menghimpunkan jentera pemuda dari setiap DUN dalam parllimen Padang Besar sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
YDP dan isteri ziarah di Padang Lati

YDP ziarah di Kg Alor Sena

TYDP dan Ketua Urusan Ulamak ziarah di Tassoh

Majlis makan malam pelancaran Dana Pasti Cawangan Sg Buluh turut dihairi kaum Thai

Ketua Urusan Ulamak bersama Jawatankuasa Cawangan Guar Medang Gatal selepas bersama mendirikan papan tanda baru Markas cawangan /UPU

Team PKC Parlimen

TYDP di program himpunan jentera PRU Pemuda

Anuar Tahir: Tak mustahil PR tawan Perlis

Petikan dari Sinar Harian


KANGAR – Barisan Nasional (BN) didakwa mempunyai peluang besar untuk menjadi pembangkang di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Anuar Tahir berkata, rakyat negeri ini sudah bosan dengan kepincangan yang berlaku dalam kepimpinan Umno dan BN Perlis yang dilihat tidak membawa kebaikan kepada rakyat.

Menurutnya, walaupun tsunami politik semasa PRU12 tidak secara menyeluruh sampai ke negeri ini, tapi rakyat sudah sedar akan keupayaan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri dengan baik.

“Rakyat sudah sedar dan melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan PR diterajui Pas umpamanya di Kedah.

“Kita dapat lihat kemampuan pentadbiran yang bersih rasuah dan pembaziran dalam pengurusan kewangan negeri, maka rakyat negeri ini pun mahukan perubahan sedemikian.

“Saya yakin perpecahan dalam Umno dan BN sudah hampir menjadi sempurna dan mereka berpeluang untuk menjadi pembangkang yang baik di negeri ini. Mereka boleh ikut jejak rakan-rakan mereka di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang menjadi
pembangkang yang baik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, rakyat juga sudah bosan dengan pentadbiran Umno dan BN sejak puluhan tahun lamanya yang tidak membawa pembaharuan di negeri ini.

“Selepas adakan program rumah ke rumah, saya dapati rakyat negeri ini sudah boleh menerima pentadbiran PR. Mereka sudah boleh menerima Pas di negeri ini dan bosan dengan pentadbiran lama.

“Ini tidak pernah berlaku sejak 1997. Pada awalnya, rakyat negeri ini tidak pernah terbuka untuk menerima PR. Tapi sekarang ini mereka sudah terbuka untuk bersama dengan PR,” katanya.

Anuar berkata, golongan muda terutamanya juga semakin berani dan mahukan perubahan di negeri ini dengan pentadbiran baru.

“Kita faham orang muda ini tidak akan hadir ke program ceramah-ceramah yang kita buat. Tapi kita yang bergerak bertemu dengan mereka sebab mereka ini lebih banyak masa melayari laman sesawang dan sebagainya.

“Dari situlah mereka akan mendapat cukup maklumat dan berdasarkan itulah mereka tahu ketirisan yang berlaku dalam Umno dan BN,” katanya.

Friday, February 8, 2013

Selamat Tahun Baru Cina


Kepada seluruh Kaum Tionghua


Sin Ngien Kwai Lok

Muhyiddin, lihatlah Umno Perlis sedang kritikal


KANGAR: PAS Perlis melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Barisan Nasional (BN) mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 akan datang sebagai kenyataan terdesak.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir (gambar), kenyataan Muhyidin yang dibuat ketika kunjungannya ke Perlis semalam adalah semata-mata untuk membangkitkan semangat penyokong mereka di samping meraih sebanyak mungkin simpati terhadap Umno BN Perlis.

"Dia sendiri pun tahu bahawa rakyat Perlis sudah bersedia untuk membuat perubahan pada PRU akan datang dan dia juga tahu BN Perlis sendiri berada pada tahap kritikal. Ini dilihat bila mana beliau sendiri malahan Perdana Menteri pun acap kali turun ke Perlis. Kenyataan Muhyidin ini sama juga dengan kenyataan Menteri Besar Perlis yang dibuat beberapa kali sebelum ini.

"Sekarang mereka (BN) memasang bendera di seluruh negeri dan cuba menggambarkan suasana pilihan raya yang semakin hampir, tapi kita percaya perhimpunan yang mereka buat di beberapa lokasi di negeri ini akan dihadiri oleh orang yang sama, malahan termasuk orang-orang luar parti yang diarahkan hadir," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Melihat senario politik semasa di Perlis, Mohd Anuar menasihatkan Muhyiddin supaya melihat pergolakan dalaman yang sedang melanda Umno BN Perlis yang dilihatnya tiada berkesudahan sebelum membuat ramalan bahawa mereka akan menang besar di Perlis.

Malah katanya, beliau tidak gusar dengan kenyataan tersebut kerana yakin Muhyidin sendiri pun sudah membaca laporan-laporan serta kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak tentang kedudukan BN di Perlis mahupun di seluruh negara.

"Rasanya lebih baik Muhyidin balik jaga Putrajaya dulu sebelum sebut nak menang besar di Perlis. Di Putrajaya pun BN sudah begitu tergugat kedudukan mereka,” ujarnya.

Di Perlis, kata beliau mereka kena cermin diri dulu sebelum bercakap tentang menang besar kerana rakyat Perlis sudah bosan dengan perbutan kuasa, perebutan pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin Umno Perlis yang dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

"Walaupun tsunami politik 2008 tak sampai ke negeri ini, tapi rayat Perlis pun sudah sedar dan melihat keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah umpamanya,” ujarnya.

Tamba beliau, rakyat Perlis melihat kemampuan pentadbiran yang berjaya mengekang rasuah dan pembaziran serta kecekapan mengurus tadbir ekonomi, maka mereka pun mahu perubahan di negeri ini.

"Saya percaya bahawa ubat paling mujarab untuk Umno-BN Perlis ialah dengan menjadikan mereka parti pembangkang di negeri ini. Saya lihat mereka mempunya potensi besar untuk menjadi pembangkang yang baik di negeri ini," jelasnya lagi.