Friday, January 20, 2012

Lagi bantahan pemasangan bendera BN di premis awam

Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Perbandaran Kangar ekoran pemasangan bendera BN di Klinik Kesiharan Beseri.

BACA DI SINI >>

Berikut adalah Kenyataan Media DPP Kawasan

BANTAHAN PEMASANGAN BENDERA BARISAN NASIONAL DI PREMIS AWAM

1. Kami mendapati pihak Barisan Nasional (BN) telah memasang begitu banyak bendera parti mereka di pagar Klinik Kesihatan Beseri sejak seminggu yang lalu. Begitu juga pihak BN dengan biadabnya telah memasang dua bendera di tiang bendera klinik tersebut bersama bendera Malaysia dan bendera Perlis.

2. Kami juga mendapati sejak beberapa minggu kebelakangan ini pemasangan bendera Barisan Nasional dibuat secara berleluasa di seluruh negeri Perlis yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan penduduk negeri ini memandangkan pemasangan ini dibuat di luar musim pilihanraya.

3. Kami melahirkan rasa kesal dengan perbuatan memasang bendera di premis awam seperti ini yang boleh menimbulkan fitnah dan rasa kurang senang di kalangan pengurusan dan kakitangan klinik serta menimbulkan pelbagai persepsi buruk di mata awam.

4. Begitu juga, kami membantah sebarang pemasangan bendera mana-mana parti politik di mana jua kawasan premis awam di negeri.

5. Justeru kami memohon pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengambil tindakan segera dengan sikap yang telus dan professional berkaitan bantahan kami supaya tidak timbul suasana yang tegang mahupun persaingan tidak sihat di kalangan parti politik di negeri ini.

6. Kami juga menuntut pihak MPK mengeluarkan garis panduan berkenaan pemasangan bendera-bendera parti politik di negeri ini.

SHUHAIRI BIN SAMSUDDIN
Ketua Dewan Pemuda
PAS Kawasan Padang Besar
19 Januari 2012

0 comments: