KANGAR, 30 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Empat, Rus'sele Eizan menyifatkan tindakan Adun Titi Tinggi, Yip Sun Onn yang menghantar surat peletakan jawatan dan kemudiannya menarik balik keputusan beliau sebagai satu lagi kes 'double standard' dalam perundangan di negara ini.
Mengulas insiden yang berlaku minggu lalu, Rus'sele berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Dato' Yazid Mat sepatutnya terus memanjangkan perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
"Bagaimanapun, Speaker DUN Perlis menanti proses pujuk-memujuk oleh pimpinan BN dulu. Sepatutnya beliau kena terus memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada SPR untuk memutuskannya kerana beliau sendiri tidak mempunyai kuasa.
"Ini berdasarkan kes yang sama berlaku di Perak bilamana mahkamah memutuskan Speaker DUN tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tentang kekosongan kerusi DUN," ujarnya. BACA SELANJUTNYA>>
Tuesday, March 30, 2010
Adun Titi Tinggi: Apakah Speaker DUN 'double standard' ?
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 5:19 PM 0 comments
Labels: b, Kenyataan Akhbar
Monday, March 29, 2010
Nik Aziz, Haron Din Kekal Mursyidul Am dan Timbalan
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.
Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri.
Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).
Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.
Sessi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.
Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 11:09 PM 0 comments
Labels: Berita
Foto sekitar Mesyuarat Agung ke 16 PAS Kawasan
Mesyuarat Agung telah dirasmikan AJK PAS Pusat yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir. Hj Amiruddin Hamzah.
Dalam majlis yang sama, YDP PAS kawasan telah menyampaikan ucaptama belia bertajuk "Menyemarak Perjuangan, Menerajui Perubahan" .

Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 4:26 PM 0 comments
Labels: Berita
Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar kali ke-14
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 4:23 PM 0 comments
Mesyuarat Agung Dewan Muslimat Kawasan
Mesyuarat Agung Dewan Mulimat PAS Kawasan Padang Besar kali ke 14 diadakan pada 20 Mac lalu di Markas Tarbiyah PAS Kawasan di Santan.
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Mohd Anuar Tahir.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 4:16 PM 0 comments
Thursday, March 25, 2010
Yip tarik balik surat letak jawatan: Dah agak dah!!
ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik surat peletakan jawatannya lewat petang ini, melalui SMS kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Yazid mengesahkan bahawa beliau menerima SMS dari Yip pada kirak-kira jam 7 malam ini.
Ekoran keputusan Yip itu, beliau berkata, kerusi DUN Titi Tinggi tidak kosong "dan masih ada orangnya".
Menurut Yazid, dalam SMS tersebut, Yip berkata beliau telah menyedari dan menginsafi tindakannya meletakkan jawatan sebelum ini.
"Katanya, beliau lebih mementingkan parti dan penyokongnya di kawasannya dan di negeri Perlis," kata Yazid.
Menjawab soalan, Yazid menegaskan bahawa Yip menarik balik peletakan jawatannya atas kehendaknya sendiri dan bukan kerana ada sebarang janji yang ditawarkan.
Isnin lalu, Pada Yip, 52 menghantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN Titi Tinggi kerana kecewa tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri Perlis.
Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 12:17 PM 0 comments
Labels: Berita
Tuesday, March 23, 2010
Adun Titi Tinggi letak jawatan
Malaysiakini melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.
Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini. Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.
"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.
Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini. Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.
Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.
Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".
"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.
Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak tahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 4:06 PM 0 comments
Labels: Berita