Tuesday, March 30, 2010

Adun Titi Tinggi: Apakah Speaker DUN 'double standard' ?

KANGAR, 30 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Empat, Rus'sele Eizan menyifatkan tindakan Adun Titi Tinggi, Yip Sun Onn yang menghantar surat peletakan jawatan dan kemudiannya menarik balik keputusan beliau sebagai satu lagi kes 'double standard' dalam perundangan di negara ini.

Mengulas insiden yang berlaku minggu lalu, Rus'sele berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Dato' Yazid Mat sepatutnya terus memanjangkan perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

"Bagaimanapun, Speaker DUN Perlis menanti proses pujuk-memujuk oleh pimpinan BN dulu. Sepatutnya beliau kena terus memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada SPR untuk memutuskannya kerana beliau sendiri tidak mempunyai kuasa.

"Ini berdasarkan kes yang sama berlaku di Perak bilamana mahkamah memutuskan Speaker DUN tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tentang kekosongan kerusi DUN," ujarnya. BACA SELANJUTNYA>>

0 comments: