PADANG BESAR - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah suatu tuntutan yang jelas dan bukannya dibentuk untuk berkelahi dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Pengerusi KeADILan Kedah, Ir. Zamri Yusof.
Berucap di majlis ceramah penerangan di Markas PAS Cawangan Titi Tinggi Hilir dekat sini 11 Julai lalu, beliau berkata tuntutan Bersih adalah amat bermanfaat serta munasabah dan boleh diterima oleh pemikiran yang waras.
"Kita bukan nak berkelahi dengan SPR, dengan Tan Sri aziz atau dengan Dato' Wan Ahmad. Mereka hanya menjalankan tugas bagi pihak SPR.
Kita tak mau bekelahi atau cakap banyak dengan mereka.
"Yang kita nak tuntut adalah supaya pihak pemerintah yan bertanggungjawab ke atas SPR ini membuat perubahan atau reformasi agar Malaysia dipandang tinggi oleh mata dunia. Kita mahu warga dunia melihat proses pilihanraya di negara ini berjalan dengan adil dan telus," katanya.

0 comments:
Post a Comment