Thursday, May 5, 2011

Kenyataan Mufti keterlaluan : Ustaz Hashim

PAS Perlis sedia bekalkan maklumat kepada Juanda

KANGAR - Tuduhan mengatakan pihak yang menghalang usaha penyatuan PAS-Umno sebagai pengkhianat Islam adalah keterlaluan, kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya baru-baru ini, beliau meminta agar Sahibussamahah itu menyiasat terlebih dahulu kenapa PAS menolak pelawaan Umno.

"Dah terlalu banyak yang mereka (Umno) lakukan kepada PAS sebelum ini dan keadaan yang ada sekarang tidak membentuk suasana yang kondusif untuk kita bersama denga mereka.

"PAS pernah berpengalaman duduk bersama mereka dulu tetapi Umno sendiri tidak bersedia untuk mendengar pandangan PAS ke arah kebaikan negara dan Islam itu sendiri," ujarnya.

Selain itu, Ustaz Hashim melihat perwatakan Umno sejak dari dahulu tidak pernah berubah khususnya berkaitan dengan Islam.

"Umno sekarang samalah seperti dulu dari segi pegangan, perangai dan tingkahlaku. Jadi PAS tidak bersedia untuk digigit pada lubang yang sama sampai dua kali. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali," jelasnya.

Untuk itu katanya lagi, PAS Perlis bersedia untuk membekalkan kepada Juanda maklumat-maklumat berkaitan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno.

"Mengapa Dr Juanda tidak meletakkan syarat untuk perpaduan itu mengikut pandangan Islam dan bukannya perpaduan secara mutlak begitu saja? PAS Perlis bersedia untuk membekalkan kepada beliau maklumat yang menyebabkan pada masa ini kita masih menolak perpaduan dengan Umno," jelasnya

0 comments: