Friday, September 28, 2012
Friday, September 21, 2012
Friday, August 17, 2012
Aktiviti Ramadan PAS Kawasan
![]() |
Jom Shopping bersama Mosway di Pasaraya Peladang Beseri |
![]() |
JOm Shopping DUN Santan |
![]() |
Jom Shopping Raya DUN Beseri |
![]() |
Edaran Gulai daging di UPU Paya |
![]() |
Edaran Gulai Daging dan Bubur Lambuk di DUN Beseri |
![]() |
Sumbangan fakir miskin DUN Beseri bersama Ketua Urusan Ulamak |
![]() |
Sumbangan fakir miskin DUN Beseri oleh TYDP |
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 12:40 AM 0 comments
Labels: Aktiviti
Saturday, July 28, 2012
Bubur Lambuk Pemuda Kawasan
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 4:10 PM 0 comments
Labels: Ihya' Ramadan
Pakatan dekat di hati rakyat - Mahfuz
ARAU - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, Pakatan Rakyat kini lebih dekat di hati rakyat negara ini kerana kewibawaan dan nilai kejujuran yang tinggi yang ditunjukkan oleh pemimpinnya.
Menurutnya, keadaan ini berbeza dengan pemimpin Umno/BN yang melihat dari sudut wang dan kebendaan bagi memenangi hati rakyat.

"Mereka lupa bahawa rakyat kini dah cerdik dan menilai pemimpin dari segi kewibawaan dan nilai kejujuran yang tinggai seperti yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Sebab itulah Pakatan Rakyat lebih dekat di hati rakyat," katanya ketiak berceramah di Markas PAS Kampung Gial dekat sini baru-baru ini.
Selain itu Mahfuz berkata rakyat tidak perlu bimbang untuk menukar kerajaan yang sedia ada kerana sudah terbukti di seluruh dunia banyak kerajaan yang lama memerintah ditumbangkan dengan kuasa rakyat.
Sebagai contoh katanya, dua tahun lalu rakyat Jepun telah menjatuhkan pemerintahan parti LDP yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun dan ginatikan dengan sebuah parti yang baru tiga bulan ditubuhkan sebleum pilihanraya.
"Kita jangan ada kebimbangan untuk tukar kerajaan.Tukar kerajaan ni macam tukar baju, kalau dah lama pakai, baju tu akan kotor. Di Jepun rakyatnya yang tinggi nilai kejujuran, amanah dan integriti telah menumbangkan Umno Jepun (LDP) yang dah 50 tahun memerintah.
"Itupun kerana parti itu baru mula nak dijangkiti penyakit rasuah, penyeleweangan dan salahgunakuasa. Rakyat Jepun dah tolak. Bagaimana pula di negara kita yang telah 50 tahun lebih Umno/BN perintah? Dah kotor habis. Sebab itulah di negara kita ni pun kita tak boleh terus bersekongkol dengan kerajaan yang telah dikotori oleh amalan rasuah dan penyelewengan,"jelasnya.
KLIK DI SINI UNTUK FOTO CERAMAH DI GIAL
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 3:57 PM 0 comments
Labels: Berita
Sepetang bersama Pj Terengganu
KONGSI PENGALAMAN - Dalam kunjungannya ke Perlis baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menyampaikan ucapan, berkongsi pengalaman berkenaan PAS Terengganu kepada pimpinan PAS Kawasan Padang Besar. Mjalis berlangusng di Kompleks PAS Kawasan Padang Besar di Bukit Kerang, Beseri.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 3:51 PM 0 comments
Labels: Aktiviti
Subscribe to:
Posts (Atom)