Friday, February 25, 2011

Ceramah Isu Semasa di Markas Perawah

Ceramah Penerangan Isu Semasa diadakan pada 22 Februari lalu di Markas PAS Cawangan Perawah.

Ustaz Yahya Ahmad selaku tuan rumah dan pengacara majlis
YDP PAS Kawasan berucap
YB Senator Ir Zamri Yusuf dengan fakta tentang kejayaan pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah
Ceramah oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad

Salam Takziah buat keluarga Ustaz Mansor

PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan takziah ke atas keluarga Ustaz Mansor Ariffin yang meninggal dunia malam semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Al-Fatihah.


Baca di sini

Friday, February 18, 2011

Jom pakat pi ramai-ramai

Forum Maulidur Rasul di Panggas

CHUPING - Tiada gunanya menghabiskan jutaan wang untuk menyambut Malulidur Rasul sedang syariat Rasulullah SAW tidak ditegakkan, kata Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Yussaine Yahya.

Menurutnya, sejarah membuktikan golongan musyrikin Mekah yang diketuai oleh Abu Lahab sendiri turut bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW, hatta menyembelih 40 ekor namun tidak pula mengikut syariat baginda kemudiannya.

"Kalau kita sambut Maulid dengan berbelanja besar tapi tak mahu mengikut ajaran Nabi, samalah dengan Abu Lahab. Kalau kita nak tunjukkan sayang kepada Rasulullah, kita turut apa yang dibawa oleh baginda," katanya dalam Majlis Forum Maulidur Rasul di Markas PAS Panggas Besar dekat sini Rau lalu.

Dalam forum bertajuk "Rasulullah Pemimpin Politik Terulung' tu, beliau menjelaskan bahawa Nabi SAW merupakan pemimpin yang hebat dengan membawa perubahan kepada masyarakat sehinggakan diakui oleh tokoh-tokoh barat.

"Rasulullah adalah pemimpin terulung dalam pelbagai segi termasuk di bidang politik dan pemerintahan. Tokoh-tokoh barat pun mengagungkan Nabi SAW dengan mengakui baginda mampu untuk menyelesaikan masalah umat.

"Kalau kita sayangkan Rasulullah, kita kena taat dan beiman dengan bersungguh-sungguh, memuliakan baginda, wajib menolong agama Allah dan wajin mengikut Al-Quran yang diturunkan bersama Nabi. Bila terlaksana semua ini barulah boleh kita sambut Maulid," tegasnya.

Forum anjuran Pemuda PAS Padang Besar ini turut membariskan Yang Dipertua PAS Padang Besar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir selaku ahli panel.

Mengupas tajuk forum, Mohd Anuar berkata Rasulullah SAW adalah pemimpin politik terulung dalam segala sudut samada di bidang politik mahupun sebagai seorang ketua keluarga.

"Rasulullah menjadi model yang diikuti oleh para sahabat dan para khalifah sebagai seorang pemimpin dan pemerintah negara yang terunggul. Baginda adalah pemimpin terhebat yang hidup dengan penuh kesederhanaan.

"Persoalannya sekarang, apakah pemimpin umat Islam hari ini turut menjadikan Rasulullah sebagai 'role model' mereka?," soalnya.

Thursday, February 10, 2011

Jom Pakat pi ramai-ramai


Pejabat Perhubungan PAS Perlis dah pindah


Wednesday, February 2, 2011

Jom tambah info....

Sama je tu.........

Malaysia Tanahairku....