Foto terbaru Kompleks Tarbiyah Islamiyah PAS Kawasan Padang Besar yang telah siap dipasang bumbung. Minta panjang-panjangkan maklumat untuk meraih dana menyiapkan bangunan ini. Terima kasih....
Tuesday, January 18, 2011
Foto Terkini Kompleks PAS Kawasan
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 4:08 PM 0 comments
Labels: Kompleks Tarbiyah PAS Kawasan
Taklimat Mesyuarat Agung
SANTAN - Majlis taklimat perjalanan mesyuarat agung kepada cawangan-cawangan di dalam Kawasan Padang Besar diadakan di Markas PAS Kawasan di sini malam tadi (17 Januari).
Taklimat disampaikan oleh Setiausaha Kawasan, Hj Hisharuddin Hassan. Cawangan-cawangan di Kawasan Padang Besar dijadualkan bermesyuarat bermula 6 Februari 2011 hingga 20 Feberuari.
Sementara itu, Dewan Pemuda dan Muslimat Kawasan akan bermesyarat agung pada 27 Mac. Mesyuarat Agung Kawasan pula dijangka diadakan pada 17 April.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 3:55 PM 0 comments
Labels: Aktiviti
Taklimat Jabatan Pilihanraya PAS Perlis
Majlis Taklimat Operasi Penambahbaikan Jentera Pilihanraya oleh Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perlis diadakan di Markas PAS Kawasan, Santan.
Program dihadiri oleh Jentera Pilihanraya PAS dari setiap UPU di Kawasan Padang Besar. Taklimat disampaikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Perlis, Haji Abdul Karim Md Rejab.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 3:45 PM 0 comments
Labels: Aktiviti
Tuesday, January 11, 2011
Melayu yang mudah lupa.... Rakyat Tak Lupa!!
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 1:49 PM 0 comments
Labels: Bahan Kempen
Thursday, January 6, 2011
Wednesday, January 5, 2011
Program YDP di UPU Padang Lati, DUN Santan
Program Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Anuar Tahir turun ke UPU Padang Lati di DUN Santan diadakan pada 1/1/11 bertempat di Markas PAS Cawangan Padang Lati. Dalam program ini, Hj Mohd Anuar turut melancarkan Kelab Motosikal Pemuda PAS DUN Santan.



menyampaikan ucapan aluan
Ketua Pemuda PAS Kawasan menyampaikan amanat

"Sudah sampai masa rakyat keluar dari ketakutan yang dimomokkan Umno/BN"
"Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini menampakkan Pakatan Rakyat sudah punyai 'ingredient' untuk hadapi PRU 13"
"Konvensyen menampakkan kesediaan bukan Islam untuk kenal Islam - ruang dakwah yang luas"
"Kepada Pemuda PAS, kita sertai PAS ramai sahabat gerakan Islam di seluruh dunia. Kalau masuk Pemuda Umno, mana ada Umno di Maghribi"
YDP juga melancarkan Kelab Motosikal Pemuda PAS DUN Santan
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 5:08 PM 0 comments
Monday, January 3, 2011
YDP: Muslimat PAS terbaik di dunia

Katanya, beliau telah bertemu dan membuat hubungan dengan pelbagai gerakan Islam dan parti Islam di merata pelusuk dunia, namu baginya Dewan Muslimat PAS adalah yang terulung dari segi komitmen, iltizam dan gerak kerja jemaah.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis berkata demikian ketika berucap di majlis Minum Petang anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Besar di Markas Tarbiah PAS Kawasan di sini 31 Disember lalu.
"Alhamdulillah, saya dikurniakan Allah peluang untuk merantau ke banyak negara luar dan bertemu dengan pelbagai gerakan Islam atau parti politik Islam, namun dari pemerhatian saya tiada yang dapat menandingi Dewan Muslimat PAS.
"Parti kita, PAS meletakkan harapan yang tinggi kepada kerja-kerja jemaah yang dilakukan oleh ketiga-tiga sayap parti termasuk Dewan Muslimat. Di negara lain, peranan Muslimat gerakan Islam mungkin terbatas oleh kekangan budaya dan sebagainya, tetapi di sini Muslimat memainkan peranan yang begitu penting," katanya.
Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana Muslimat PAS turut diberikan ruang yang luas untuk sama-sama berganding bahu di dalam perjuangan parti yang sekaligus memberikan imej yang baik kepada PAS di peringkat nasional dan antarabangsa.
"Peranan Muslimat PAS kini bukan sekadar perayu undi lagi, tetapi lebih luas dan terbuka. Kita sudah mempunyai Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, Adun serta Exco Kerajaan Negeri.
"Zaman ini adalah suatu era di mana wanita bergerak maju ke hadapan. Malah dengan komitmen dan iltizam yang ditunjukkan, Muslimat PAS dilihat lebih hebat dari Wanita Umno," ujarnya lagi.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 4:25 PM 0 comments
Labels: Berita
Subscribe to:
Posts (Atom)