Thursday, January 21, 2010

YDP PAS Kawasan kunjungi pimpinan DAP Padang Besar

Mohd Anuar berbual dengan pimpinan DAP

PADANG BESAR - PAS Padang Besar turut mengambil inisitif untuk menjalinkan kerjasama di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam kawasan parlimen Padang Besar.

Jika dahulunya hanya parti KeADILan yang menjadi sahabat, kini usaha tersebut dilebarkan lagi untuk bersama-sama dengan DAP pula.

DAP kembali menubuhkan cawangan di kawasan Padang Besar pada tahun lali selepas lebih 24 tahun.

Kali terakhir parti tersebut mempunyai satu cawangan di Kaki Bukit pada tahun 1985 tetapi yang kemudiannya dibubarkan kerana tidak aktif.

Yang Dipertua PAS Padang Besar, Mohd Anuar Tahir baru-baru ini mengadakan perjumpaan santai bersama dengan pimpinan DAP cawangan Padang Besar.

Dalam perjumapaan tersebut, beliau melahirkan rasa gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan dalam Pakatan Rakyat yang mampu untuk bekerja dan berusaha menambahkan keyakinan rakyat untuk sama-sama menumbangkan kerajaan Umno/BN.

Dalam perjumpaan tersebut, pelbagai isu setempat turut dibincangkan khususnya membabitkan masalah keselamatan jalanraya di Pekan Padang Besar.

"Saya nak ajak tuan-tuan mula bekerja dan menyusun program dari sekarang untuk kita bersama-sama denga rakyat," kata Mohd Anuar kepada ketua cawangan DAP, Teh Seng Chuan.

PAS Padang Besar prihatin masalah keselamatan jalanraya di Pekan Padang Besar

PADANG BESAR - Tiang besar pada persimpangan di bawah jejambat menuju ke Pekan Padang Besar mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya mengundang keprihatinan pelbagai pihak khususnya penduduk sekitar pekan sempadan itu.

Beberapa kejadian kemalangan telah berlaku kerana tiang tersebut mengganggu pandangan pemandu yang tidak dapat melihat kehadiran kenderaan yang datang dari sebelah kiri yang sebahagiannya pula dipandu dengan laju.

Lebih menyedihkan, projek menaiktaraf jalanraya di situ yang mulakan lebih lima tahun yang lalu kini terbengkalai.

Penduduk setempat juga melahirkan rasa hairan kerana tiang lampu isyarat sudah hampir dua tahun dipacakkan di beberapa tempat tetapi masih belum berfungsi.

Kebimbangan tentang tahap keselamatan di kawasan terbabit turut disuarakan oleh pimpinan PAS dan DAP setempat.

Dalam pada itu, PAS Padang Besar turut memandang serius tahap keselamatan jalanraya di kawasan terbabit.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan, Mohd Anuar Tahir, isu keselamatan pengguna jalanraya seperti ini perlu dipandang serius oleh kerajaan.

Beliau turut menyatakan kekesalan beliau dengan sikap pemimpin kerajaan yang mengambil sikap lepas tangan dalam menangani isu ini.

"Walaupun projek ini dikendalikan oleh kerajaan pusat, kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan kerana ianya membabitkan keselamatan dan nyawa manusia.

"Saya mendapat maklumat bahawa wakil rakyat di sini yang juga merupakan exco kerajaan negeri hanya bersikap lepas tangan apabila dibangkitkan isu ini dengan menyatakan ini adalah projek kerajaan pusat. Kita amat kesal dengan kenyataan seperti ini kerana banyak lagi usaha yang boleh dibuat bagi menjamin keselamatan orang ramai," ujarnya.

Justeru beliau meminta agar tindakan segera dapat dilaksanakan demi menjamin keselamatan orang-ramai.

"Seperti yang minta oleh penduduk di sini, kita juga meminta agar disegerakan penggunaan lampu isyarat di beberapa simpang di pekan ini. Selain itu pihak polis trafik juga perlu berperanan menjaga simpang yang berisiko tinggi.

"Kami juga akan menyediakan satu memorandum untuk diserahkan kepada pihak berwajib bagi menyelesaikan isu ini,"katanya.

Program Jejak Kasih dan Ziarah bersama YDP

Kesibukan tugas selaku CEO Kedah Agro di Alor Setar tidak membataskan aktiviti bersama parti. Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Hj Mohd Anuar Tahir meluangkan masa di hari cutinya untuk mengadakan ziarah ke atas aktivis parti dan warga emas.
Jumaat lalu beliau sempat bersama program Jejak Kasih Lajnah Kebajikan dan Khidmat Masyarakat PAS Kawasan di Kampung Padang Pauh. di DUN Santan.
Sebelah petangnya, beliau turun ke DUN Beseri, diikuti DUN Mata Ayer keesokan harinya dan ke DUN Titi Tinggi pada hari Ahad.
Menziarahi Hj Haron Ahmad di Kg Semadong, Beseri
Menyampaikan hamper kepada warga emas di Padang Pauh
Membonceng motosikal untuk menziarahi aktivis dan warga emas

Mengunjungi warga emas keturunan Siam di Kg Semadong, Beseri

Thursday, January 14, 2010

Tak pangkah Umno(BN) bukan rosak aqidah pun!!

KANGAR - Umno/BN bukanlah sebuah agama yang dianuti sehinggakan tidak boleh ditinggalkan, demikian kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir.

"Umno/BN juga bukanlah suatu mazhab dalam agama yang perlu ditaati yang mana dalam pilihanraya, apabila memangkah yang lain dari Umno/BN boleh merosakkan akidahpun.

Kalau sayang sangat dan tak mahu tinggal pun tak apa, tapi jangan pangkah parti itu lagi dalam pilihanraya," katanya.

Berucap dalam majlis ceramah penerangan anjuran PAS Kawasan Kangar di Behor Lateh dekat sini minggu lalu, Mohd Anuar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS perlis mengajak para ahli dan penyokong Umno/BN untuk terus meninggalkan parti tersebut demi masa depan negara yang lebih baik.

"Tatapilah wajah anak-anak kita di rumah, bagaimanakah masa depan mereka kelaksekiranya Umno/BN terus memrintah negara ini? Pelbagai kerosakan yang telah mereka buat sehinggakan negera ini berada dalam keadaan yang teruk.

"PAS bersama Pakatan Rakyat bersedia untuk memerintah termasuk di negeri Perlis ini. Dulupun pada tahun 1999, kita mampu menang sampai tiga kerusi dan tak mustahil untuk kita mengambil-alih daripada Umno/BN di negeri ini," ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar.

Dalam majlis yang sama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman turut menyampaikan ceramah.

Wednesday, January 13, 2010

WALA' DAN BAI'AH

WALA’


Tidak ada satu kalimah dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan secara keseluruhan makna wala’. Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu;

1. Memberikan kasih-sayang
2. Memberikan ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi
3. Mengangkat sebagai pemimpin,
4. Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu,
5. Memberi kepercayaan,
6. Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan

BAI’AH

Bai’ah bermaksud perjanjian atau sumpah setia untuk menyatakan kesediaan untuk selalu mematuhi dan setia dengan janji yang diikrarkan.

Contoh bai’ah yang berlaku semasa Rasulullah s.a.w.;

1. Bai’ah ar-Ridhwan
2. Bai’ah ‘Aqabah (pertama dan kedua)
Setelah kita meyakini pemimpin kita dengan menepati konsep wala’ yang ditetapkan oleh Syara’ tadi, maka wajib kita memberi bai’ah kepadanya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.

Secara langsung ialah dengan melafazkan ikrar kesetiaan dan ketaatan di hadapannya. Secara tidak langsung ialah dengan mentaatinya dalam segala arahan yang diberikan -selagi tidak menyanggahi Syara’- walaupun tanpa dilakukan ikrar dihadapannya.

Untuk kupasan lanjut tajuk ini Baca di sini

Thursday, January 7, 2010

KULIAH MAGHRIB


DISAMPAIKAN OLEH:
USTAZ HAJI HASSAN ABD RAZAK
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS KEDAH

AHAD, 10 JANUARI 2010
DI MARKAS TARBIYAH PAS KAWASAN PADANG BESAR
BATU 2 JALAN, SANTAN, KANGAR, PERLIS

MUSLIMIN/MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR


Tuesday, January 5, 2010

Program Motivasi Pilihanraya

BESERI - Program Motivasi Pilihanraya anjura Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perlis diadakan serentak di tiga kawasan di Perlis 2 Januari lalu.
Di kawasan Padang Besar, majlis diadakan di Markas Cawangan Taman Melati Indah, Jalan Bukit Kerang di sini.
Program dihadiri jentera pilihanraya di semua peringkat. Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Lada, YB Ustaz Ahmad 'Izzat Shauki dijemput khas menyampaikan ucapan motivasi sekaligus berkongsi pengalaman gerakerja di Kedah yang membuahkan kemenangan dalam pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.
Timbalan YDP, Wan Kharizal menyampaikan ucapan aluan

YB Ustaz Ahmad 'Izzat Shauki memberikan motivasi penuh semangat

Monday, January 4, 2010

Ceramah Mat Sabu