Monday, June 29, 2009

PMOC kembara sambil beramal

PADANG BESAR - Kelab Motosikal Padang Besar (PMOC) di bawah naungan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar yang mengadakan ekspidisi bermotosikal ke Pantai Merdeka, Kedah Sabtu lalu berjaya membuktikan bahawa golongan "Mat Motor" bukan sekadar berseronok dengan aktiviti bermotosikal tetapi turut prihatin dengan golongan yang kurang berkemampuan.
Pengerusi PMOC, Ahmad Saad menyampaikan sumbangan kepada Mohamad Ali

Dalam ekspidisi tersebut, mereka singgah sebentar di Kampung Bukit Chabang untuk menghulurkan sumbangan kepada sebuah keluarga miskin. Ketua keluarga, Mohamad Ali yang bekerja sendiri dengan mengambil upah membuat kerja-kerja kampung untuk meyara 8 orang anak selain isteri dan ibunya.

Sunday, June 28, 2009

Q & A Royalti Gas Asli Kelantan

Apa yang ada di perairan Kelantan?
  • Simpanan gas asli sebanyak 13 trilion (13,000,000,000,000) kaki persegi dan sedia untuk diteroka.
  • Simpanan itu mencukupi untuk 7 generasi rakyat Kelantan, lebih kurang 500 tahun lamanya.
Dimanakah simpanan itu terletak?

Terletak di perairan Kelantan diblok-blok berikut iaitu Blok A18, Blok B17 & C19 , PM3, Sub-Blok Ular, PM301 & PM302, PM303, PM311 dan 312.

Apa yang dituntut oleh rakyat Kelantan?

  • Rakyat Kelantan menuntut hak Pendaratan gas asli di buat di pantai Kelantan.
  • Royalti gas asli yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada rakyat Kelantan.

Apa yang Kerajaan Persekutuan telah buat?

  • Petronas mengesahkan bahawa operasi gas asli di Blok A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.
  • Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

Berapakah pengeluaran gas asli sehari?

Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong gas asli sehari.

Dimanakah gas asli daripada perairan Kelantan itu didaratkan?

Kerajaan BN memilihi Songkhla dan Kerteh untuk pendaratan gas asli itu pada hal jaraknya adalah seperti berikut:

  • Blok A 18 ke Songkhla – 227 km
  • Blok A 18 ke Kerteh – 330 km
  • Blok A 18 ke Kota Bharu – 140 km

Kerajaan BN tetap memilih Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh.

Apakah yang kerajaan Kelantan telah lakukan?

Untuk mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan ekonominya, kerajaan Kelantan telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk petroleum.

Berapakah jumlah royalti yang sepatutnya Kelantan dapat?

  • Menerusi penerokaan gas asli di Blok A 18, Petronas sepatutnya membayar royalti sebanyak RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari.
  • Ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti gas asli yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

Apa yang akan dibuat oleh Kelantan dengan royalti sebanyak itu?

  • Kerajaan Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
  • Kerajaan Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

Bilakah telaga-telaga gas asli yang selebihnya akan beroperasi?

  • Blok A 18 Fasa 2 - Tahun 2010
  • Blok B 17 dan C 19 – Bermula suku ke tiga 2009.
  • Blok PM301 dan PM302 – Bermula 2011 dan 2012
  • Blok PM3 – Bermula suku ke tiga 2008

Berapa jumlah royalti gas asli yang menjadi hak Kelantan?

Apabila semua telaga-telaga gas asli ini beroperasi, royalti gas asli yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion).

Royalto gas asli ini hak siapa?

  • Hak rakyat Kelantan
  • Kalau BN menang di Kelantan, negeri ini akan menerima nasib seperti Terengganu. Royalti bertukar menjadi wang ehsan.
  • Wang ehsan Terengganu tidak disalurkan kepada rakyat negeri itu tetapi disalurkan kepada kroni BN seperti Patrick Lim untuk menganjrukan Monsoon Cup.

Apa jadi dengan rakyat Terengganu sekarang?

  • Rakyat Terengganu terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk walaupun menerima RM1.2 billion setahun.
  • Rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
  • Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Mengapa BN kepingin benar untuk merampas semula Kelantan?

Kerana tidak mahu royalti gas asli ini digunakan oleh kerajaan Pas membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan memustahilkan BN untuk merampas Kelantan semula.

Friday, June 26, 2009

Hentikan berpolemik, kerja keras semula -YDP

SANTAN- Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Anuar Tahir mengajak semua jentera PAS di Dun Santan untuk kembali bekerja keras demi memenangkan PAS dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.
Kata beliau, sebarang perselisihan pendapat yang berlaku semasa PRU yang lalu perlulah ditamatkan segera.

"Kalau kita masih berpolemik, ianya tak akan berkesudahan. Cukuplah, tak usah diungkit lagi, kita tutup di sini. Ambillah iktibar dan hikmah dari kesilapan dan bacaan tak tepat dan tindak tanduk tidak sempurna kita dulu.
"Saya dengan rasa rendah diri, bersama dengan kempimpinan baru PAS Kawasan berharap agar dirapatkan kembali saf dan kita cari kejernihan," ujarnya menjawab persoalan wakil cawangan Alor Tampang semasa sesi dialog dalam Majlis Silaturrahim PAS Kawasan bersama MTD Santan malam tadi.

Majlis tersebut di adakan di Markas MTD Santan, Jalan Bulan Purnama, Padang Pauh.
Menjawab persoalan dari wakil cawangan Padang Pauh semasa majlis dialog, beliau menjelaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah kukuh di semua peringkat termasuk di negeri Perlis.

"Kerjasama antara parti Pakatan Rakyat adalah kukuh. Tetapi sebagai tiga buah parti, tentu ada masalah sedikit sebanyak. Apapun berjaya diselesaikan dengan baik oleh pemimpin ketiga-tiga parti," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Anuar turut menggesa agar semua pihak tidak lagi membangkitkan isu Kerajaan Perpaduan yang menghangat suasana politik tanahair beberapa minggu yang lalu.
"Perkara dah tutup dah. Tak usah kita dok berdebat di kedai kopi. Yang pentingnya sekarang kita bekerja untuk membantu memenangkan PAS di Manik Urai dan bekerja kerja untuk menawan negeri Perlis ini," gesanya.

Majlis Silaturrahim ini dianjurkan oleh kepimpinan baru PAS Kawasan untuk turun bertemu jentera PAS di peringkat Dun dan cawangan.

MTD Santan menjadi destinasi pertama program ini. Majlis turut dihadiri AJK PAS Kawasan, MTD dan cawangan-cawangan.

YDP lancar laman blog PAS Kawasan

SANTAN -Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Haji Mohd Anuar Tahir dengan rasminya melancarkan laman blog PAS Kawasan Padang Besar malam tadi .

Pelancaran laman blog ini dibuat pada Majlis Silaturrahim PAS Kawasan bersama dengan Majlis Tindakan Dun (MTD)Santan.

Program diadakan di Markas MTD, Jalan Bulan Purnama, Padang Pauh.
Majlis Silaturrahim ini dihadiri Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan, MTD dan cawangan-cawangan dari seluruh Dun Santan.

Jawatankuasa PAS Kawasan menganjurkan program seumpama ini bagi memperkenalkan saf kepimpinan baru PAS Kawasan di samping mengadakan dialog dengan jentera PAS di peringkat Dun dan cawangan.



Thursday, June 25, 2009

Ustaz Zol dilantik AJK Dewan Ulama Pusat

Ketua Penerangan PAS Kawasan Padang Besar, Ustaz Zolkharnain Abidin al-Hafiz telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama Pusat.


Beliau sebelum ini menjadi AJK Dewan Pemuda PAS Pusat sejak tahun 2001 dan menamatkan perkhidmatan beliau dalam Dewan Pemuda PAS pada tahun ini selepas usianya menjangkau lebih 40 tahun.


SAF KEPIMPINAN PAS KAWASAN PADANG BESAR 2009-2011


Klik di Foto

Salam Perjuangan


الســــلام عليـــــكم و رحمـــة الله وبركــاتـه

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
Selamat Datang ke blog PAS Kawasan Padang Besar. Kami akan cuba memaparkan berita terkini berkaitan aktiviti semasa Padang Besar, isu semasa, berita Perlis dan fikrah pimpinan.
Semoga apa yang kami paparkan akan dapat memberikan manfaat untuk semua. Selamat membaca...