Sunday, July 31, 2011

SB gagal 'brainwash' saya: Tahanan EO

Petikan Malaysiakini

Walaupun disoalsiasat berjam-jam setiap hari, namun pegawai Cawangan Khas (SB) gagal mempengaruhi tahanan EO yang baru dibebaskan, Choo Chon Kai, supaya meninggalkan perjuangannya.

Sebaliknya, dalam banyak sesi tersebut sepanjang sebulan
ditahan, ahli jawatankuasa PSM yang berusia 33 tahun itu - yang dibebaskan Jumaat lalu - lebih komited kepada perjuangan untuk Malaysia yang adil dan demokratik.

"Tidak ada (penderaan) fizikal... hanya kaedah 'brainwash' untuk melumpuhkan semangat saya. Mereka menyentuh butiran terperinci mengenai kehidupan saya," kata Choo, ketika ditemuramah Malaysiakini selepas dia dibebaskan.

Katanya, pegawai polis cuba meyakinkannya supaya meninggalkan perjuangannya, tetapi ia membuat dirinya semakin kuat dalam mempercayainya dirinya.

Menurut Choo, mereka bertanya maklumat ketika dia bersama pertubuhan hak asasi manusia - Suaram - beberapa tahun lalu, dan juga selepas dia menyertai PSM pada tahun 2005.

Choo bersama-sama dengan lima lagi rakannya dari PSM ditahan ketika kempen 'Udahlah BN, Bersaralah' di Pulau Pinang pada 25 Jun.

Seminggu kemudian, keenam-enam mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kesemua mereka dibebaskan Jumaat lalu, selepas ditahan selama 28 hari.

Menurut Choo, polis juga menyoalsiasat mengenai kunjungnnya ke Bangkok.

Perasmian Bangunan Baru Markas Cawangan Bukit Keteri

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hahsim Jasin menandatangani plak perasmian Bangunan Baru Musalla Al-Hidayah yang juga merupakan Markas PAS Cawangan Bukit Keteri pada 28 Julai lalu. Bangunan lama surau dan markas cawangan tersebut dirobohkan kerana pengambilan tanah untuk projek landasan keretapi berkembar.

Sunday, July 24, 2011

PM Najib disambut dengan warna kuning di Beseri

Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak ke nat (Pasar Sehari), Balai Baru (Beseri) Sabtu lalu (23 Julai) disambut dengan warna kuning...








AJK Pemuda Kangar, Amirul Jufri berbaju kuning bersalaman dengan PM

Ceramah Dr Hatta Ramli 20 Julai 2011

Ceramah Pakatan Rakyat oleh YB. Dr Mohd Hatta Ramli bersama YB. Lee Guan Aik (DAP-Kota Darulaman, Kedah) diadakan di Tapak Kompleks PAS Kawasan Padang Besar di Bukit Kerang.


Ucapan aluan YDP
YB. Lee berucap

Panglima Bersih 2.0 berceramah


Makan Durian Bersama Panglima Bersih 2.0

Program diadakan di Markas PAS Kg Gial, 20 Julai lalu.


Ucapan YDP
Kisah tentang Bersih 2.0

Dr Hatta dan YDP mengoyak durian "ais krim"

Durian untuk jamuan para tetmau dan hadirin

Menjamu selera

Gotong-royong

Aktiviti Gotong-royong membersihkan Tapak Kompleks PAS Kawasan Padang Besar di BUkit Kerang pada 16 Julai lalu.




Friday, July 15, 2011

Pengalaman ditahan semasa Bersih 2.0

BESERI - Rakyat tidak perlu takut untuk turun menuntut hak mereka sepertimana yang dilakukan semasa himpunan aman Bersih 2.0 baru-baru ini kata Ketua Keselamatan PAS Padang Besar, Abdul Akiz Saad.

Beliau adalah sebahagian dari lebih 1600 yang ditangkap di sekitar Kuala Lumpur semasa himpunan yang diadakan 9 Julai lalu.

Menceritakan pengalamannya, Abdul Akiz yang berada bersama-sama orang ramai di sekitar jalan Masjid India telah ditangkap oleh anggota polis dan ditolak ke pintu sebuah kedai di situ sekitar jam 2.30 petang.

"Saya dtolak ke jeriji pintu kedai, muka saya ditonyoh ke jeriji pintu kedai tersebut, tapi saya tidak melawan.Saya rasa kepala saya telah dipukul, tak tahu dengan apa, kemudian ditolak ke bawah dan digari. Ada kesan luka pada muka saya.

"Apapun yang berlaku kita tak perlu takut, kita nak menuntut hak kita dan kita juga faham dengan jelas hak-hak kita bila ditahan polis," jelas beliau yang menceritakan pengalamannya pada Majlis Silaturrahim dan Pelancaran Dana Wakaf Kompleks PAS Padang Besar yang diadakan 12 Julai lalu.

Beliau kemudiannya dibawa naik ke atas trak polis dan menunggu sehingga kira-kira 40 minit sebelum dihantar ke PULAPOL.

"Saya tiba di sana hampir pukul 4.00 petang dan mendapati sudah ramai yang ditahan. Seorang ustaz dari Perlis yang saya temui tidak langsung dilihat kesan berpeluh pun. Rupanya dia telah ditahn dari pagi lagi," katanya yang dibebaskan sekitar jam 7.00 petang.