Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

Pakatan dekat di hati rakyat - Mahfuz

ARAU - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, Pakatan Rakyat kini lebih dekat di hati rakyat negara ini kerana kewibawaan dan nilai kejujuran yang tinggi yang ditunjukkan oleh pemimpinnya.



Menurutnya, keadaan ini berbeza dengan pemimpin Umno/BN yang melihat dari sudut wang dan kebendaan bagi memenangi hati rakyat.


"Umno/BN bagi duit seperti BR1M kerana mereka fikir dengan pemberian ini boleh merapatkan balik mereka dengan rakyat, apa mereka ingat rakyat negara ini hanya fikir ringgit dan sen? 

"Mereka lupa bahawa rakyat kini dah cerdik dan menilai pemimpin dari segi kewibawaan dan nilai kejujuran yang tinggai seperti yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Sebab itulah Pakatan Rakyat lebih dekat di hati rakyat," katanya ketiak berceramah di Markas PAS Kampung Gial dekat sini baru-baru ini.

Selain itu Mahfuz berkata rakyat tidak perlu bimbang untuk menukar kerajaan yang sedia ada kerana sudah terbukti di seluruh dunia banyak kerajaan yang lama memerintah ditumbangkan dengan kuasa rakyat.

Sebagai contoh katanya, dua tahun lalu rakyat Jepun telah menjatuhkan pemerintahan parti LDP yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun dan ginatikan dengan sebuah parti yang baru tiga bulan ditubuhkan sebleum pilihanraya.

"Kita jangan ada kebimbangan untuk tukar kerajaan.Tukar kerajaan ni macam tukar baju, kalau dah lama pakai, baju tu akan kotor. Di Jepun rakyatnya yang tinggi nilai kejujuran, amanah dan integriti telah menumbangkan Umno Jepun (LDP) yang dah 50 tahun memerintah. 

"Itupun kerana parti itu baru mula nak dijangkiti penyakit rasuah, penyeleweangan dan salahgunakuasa. Rakyat Jepun dah tolak. Bagaimana pula di negara kita yang telah 50 tahun lebih Umno/BN perintah? Dah kotor habis. Sebab itulah di negara kita ni pun kita tak boleh terus bersekongkol dengan kerajaan yang telah dikotori oleh amalan rasuah dan penyelewengan,"jelasnya.

KLIK DI SINI UNTUK FOTO CERAMAH DI GIAL 

Tuesday, June 12, 2012

Pengusaha kecil tembakau tuntut janji kerajaan BN


KANGAR - Seramai 198 orang Penanam Pengawet Individu (PPI)  industri tembakau di negeri ini mendakwa dinafikan hak mereka oleh kerajaan setelah pihak Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) memberhentikan operasi memproses tembakau sejak dua tahun lalu.

Sehubungan itu, semua PPI telah hilang sumber pendapatan utama bila operasi penanaman, pengawetan dan penjualan tembakau yang dihentikan selain terpaksa menanggung beban hutang yang dibuat dahulu.


Menurut wakil PPI yang ditemui Harakah, beliau berkata pihaknya berasa terkilan, kecewa dan tidak berpuashati dengan pihak LKTN dan kerajaan yang gagal memberikan jawapan tentang pampasan yang sepatutnya mereka terima.


"Di manakah pampasan untuk kami selepas dua tahun kehilangan pendapatan dan pekerjaan sedangkan pengawet-pengawet besar telah dibayar pampasan sehingga bernilai jutaan ringgit beserta dengan pelangsaian hutang bank sedangkan kami PPI dilupakan.

"Semasa kerajaan mahu memberhentikan operasi, kami telah dimaklumkan secara lisan dalam satu perjumpaan bahawa pampasan akan diberikan, tapi sehingga kini janji tersebut masih belum ditunaikan," jelasnya.

Menurutnya lagi, pemberhentian pemprosesan tembakau ini disebabkan kuota yang terpaksa dikurangkan di negeri Perlis akibat kempen anti merokok.

Katanya, pampasan yang dituntut adalah sama dengan Penanam Pengawet Usahasama (PPU) iaitu untuk nilai ban dan bangsal mengilas sahaja.


"Pada tahun 2008 kami diberikan RM5000 wang peralihan modal kerana para penanam telah kehabisan modal akibat bencana alam. Kami, 198 orang PPI di negeri ini berasa amat kecewa kerana semasa permohonan untuk mendapatkan lesen PPI dulu dimestikan seorang ahli Umno barulah diluluskan.


"Tapi kini di manakah yang dikatakan kerajaan Umno-BN yang dikatan amat prihatin kepada rakyat khususnya kami yang berpendapatan rendah? Kami sanjung kerajaan yang adil tapi dah jadi seperti anak dipekan disusukan tapi anak di kampung mati tak makan. LKTN jangan lepas tangan dalam masalah ini," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya bukan tidak mahu meneruskan projek tanaman tembakau tetapi akibat kuota yang dikurangkan maka LKTN terus memberhentikannya.

"Ini tidak adil kerana ianya menghapuskan sumber ekonomi orang Melayu. Sebahagian besar dar kami adalah orang kampung yang sudah berumur dan kini kehilangan pekerjaan dan pendapatan tetap. 

"Jangan anak-tirikan kami. Kami hanya menuntut hak kami dan menuntut jawapan dari kerajaan. Kami berharap seluruh warga PPI ini akan memilih kerajaan yang mempu membela rakyat nanti," katanya lagi.

Wednesday, May 23, 2012

BENDERA BULAN DI KAMPUNG CINA


 Atas permintaan penduduk setempat yang majoritinya adalah masyarakat Cina,  bendera PAS besar ini telah berjaya dinaikkan di Pekan Sayur, Kaki Bukit dalam DUN Beseri sekaligus melambangkan sokongan dan persepakatan yang jitu di kalangan parti Pakatan Rakyat. Bendera tersebut dinaikkan oleh Yang Dipertua PAS Padang Besar, Mohd Anuar Tahir dan Timbalannya, Wan Kharizal Wan Khazim.

Wednesday, January 25, 2012

TYDP ziarah anak Tionghua berpenyakit kronik

BESERI - Timbalan YDP PAS Kawasan baru-baru ini menziarahi seorang kanak-kanak Tionghua yang menghidap penyakit kronik di Beseri. Menurut keluarganya, kanak-kanak ini sudah beberapa tahun mengidap penyakit tersebut dan tidak penah mendapat perhatian khususnya dari pihak pemerintah.

Friday, January 20, 2012

PAS Perlis bantah pemasangan bendera BN

KANGAR - PAS Perlis membantah pemasangan bendera Barisan Nasional secara berleluasa di seluruh negeri Perlis sejak beberapa minggu lalu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir, pemasangan bendera tersebut yang dibuat di luar masa pilihanraya boleh menimbulkan keresahan di kalangan penduduk Perlis.

"Kita turut melahirkan rasa kesal dengan perbuatan memasang bendera berhampiran premis awam seperti sekolah dan sebagainya. Saya dapati terdapat bendera BN yang dipasang berhampiran pagar sekolah.

"Kita difahamkan bahawa pihak Umno/BN Perlis ada melakukan simulasi pilihanraya baru-baru ini, tetapi kenapa bendera-bendera tersebut tidak diturunkan lagi?

"Begitu juga kita faham bahawa ada pimpinan tertinggi BN yang akan datang ke Perlis, tetapi tidak wajar bendera tersebut dipasang terlalu hampir dengan premis awam," ujarnya.

Untuk itu menurut Anuar lagi, PAS Perlis akan mengemukakan bantahan kepada pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berkaitan isu ini.

"Kita jangkakan jika bendera PAS, KeADILan ata DAP yang dipasang dengan banyaknya sudah tentu ianya akan diturunkan, jadi kita minta kerjasama dan pertimbangan baik MPK berkaitan hal ini.

"Janganlah pemasangan bendera yang banyak macam ni sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat sedangkan parlimen belum dibubarkan lagi. Jangan sampai nanti wujud persaingan tidak sihat di kalangan parti-parti politik di negeri ini," katanya lagi.

Wednesday, November 2, 2011

Pembinaan diteruskan...

Pembinaan Kompleks Tarbiyah PAS Kawasan Padang Besar diteruskan seelah agak lama tergendala. Tumpuan utama diberikan untuk menyaipkan tingkat atas dahulu untuk dijadikan pejabat pentadbiran baru PAS Kawasan. Insya Allah... Sumbangan diperlukan...


Pandangan sisi
Pandangan hadapan dari Taman Haz Melati

Tangga ke atas..

Tangga (dari tingkat atas)

Tingkat atas

Bahagian belakang bangunan (Dari tingkat atas)
Masih ada sekitar 2 relung..

Semoga dapat disiapkan menjelang PRU 13...Insya Allah

Thursday, October 20, 2011

PAS dan PKR tolak sertai, Himpun terbuka terima pemimpin politik Muslim

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) masih membuka undangan kepada semua pemimpin Islam dari parti-parti politik untuk hadir pada perhimpunannya di Shah Alam, Sabtu ini meskipun PAS dan PKR memutuskan untuk tidak menyertai bersama.

Pengerusi bersamanya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Himpun beriltizam untuk memastikan bahawa penyatuan ummah dapat diperkukuhkan dalam ikatan akidah sebagai satu-satunya prinsip yang tidak mungkin umat Islam mahu berkompromi atau berpecah.

“Oleh kerana itu kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik agar bersama dalam perhimpunan tersebut supaya mendidik umat Islam bahawa akidah umat Islam mesti dipelihara dan betapa perlunya hidup berakidah di kalangan umat Islam diperkukuhkan dalam sebuah negara berbilang agama,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Mohd Azmi berkata Sekretariat Himpun menghormati dan menyambut baik keputusan PAS, yang diputuskan malam kelmarin, bahawa ia tidak terlibat dengan anjuran perhimpunan besar-besar julung kali diadakan atas alasan bahawa ini adalah inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan mana-mana parti politik.


LAGI >>>

Pembangunan Islam bukan agenda utama Umno

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Ulamak PAS kecewa kerana Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini nampaknya tidak menjadikan pembangunan Islam sebagai agenda utama negara sedangkan Islam adalah agama rasmi dalam perlembagaan.

Demikian kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali (gambar) ketika mengulas kedudukan Islam di negara ini di bawah Umno BN yang tidak menjadikan Islam sebagai agenda utama negara.

“Kalau kita lihat secara lebih teliti dalam bajet yang dibentangkan oleh Najib, kita mendapati bahawa Umno di bawah pimpinan Najib tidak meletakkan Islam sebagai agenda utama negara sedangkan Islam adalah agama rasmi negara, tak ada apa yang istimewa untuk peruntukan pembangunan Islam,” katanya.

Katanya lagi, permasalahan sosial seperti anak luar nikah, buang bayi, dadah dan seumpamanya seolah-olah tidak dipandang penting dalam bajet kali ini.

Tambahnya, tiada peruntukan yang khusus dan istimewa diberikan kepada institusi tertentu untuk menangani masalah itu.

“Kita tidak mahu Islam hanya dijadikan agenda untk mengaut keuntungan politik semata-mata, kita tidak mahu Islam menjadi seperti pepatah Melayu ‘habis manis sepah dibuang’, isu Islam hanya diperbesarkan apabila ‘nyawa’ terancam atau nazak sahaja.” ujar beliau lagi.

Surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari hina UIA

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari adalah tragedi baru serta satu penghinaan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang dihormati di negara ini.

"Saya berpendapat tindakan tersebut adalah satu tragedi dan juga penghinaan kepada institusi pengajian tinggi terutamanya UIAM, yang mana kita tahu universiti tersebut adalah sebuah universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia.

"Saya melihat seolah-olah ada tangan-tangan tentu yang mengarah agar dikeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz," jelasnya ketika ditemui di parlimen.

Tambah Nizar lagi, pemberian surat tunjuk sebab itu sebenarnya telah menaikkan martabat Abdul Aziz sebagai seorang profesor.

Katanya, ia merupakan penghinaan kepada tokoh-tokoh akademik yang telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berbincang serta membahas isu-isu yang ada di negara ini tetapi dikenakan tindakan jika tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu.

LAGI >>

Wednesday, October 12, 2011

Banjir semakin teruk sejak dibina empangan

Petikan Free Malaysia Today


KANGAR: Rakyat Perlis bimbang masalah banjir semakin teruk sejak terbinanya Empangan Timah Tasoh (ETT) yang disifatkan sebagai bom jangka (time bomb) yang berbahaya dan boleh menyebabkan sebahagian dari negeri itu tenggelam sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada ETT.

Keadaan ini boleh berlaku apabila ETT pecah akibat lebihan takungan, kemungkinan retak akibat gegaran gempa bumi walaupun Malaysia di luar kawasan gempa, sabotaj musuh atau pengganas dan sebagainya akibat tiadanya saliran terus ke laut.

“Oleh itu untuk menangani masalah ini, sebuah Jawatankuasa Bertindak (Jawatankuasa Bertindak Rakyat Perlis Atasi Masalah Banjir) ditubuhkan dan mengadakan mesyuarat pertama pada 1 Oktober lalu,” kata Pengerusinya Mohammad Faisol Abd Rahman.

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata, banjir di Perlis semakin kerap berlaku dari 10 tahun sekali, kepada lima tahun sekali dan kini setiap tahun dan menyebabkan kerosakan harta benda, tanaman, ternakan hingga kerugian yang dialami rakyat Perlis mencecah nilai jutaan ringgit.

Menurutnya, keadaan banjir berlaku kerana ketiadaan sistem saliran keluar lebihan stok air yang sempurna dan hanya menggunakan sungai semula jadi yang sedia ada, pengurusan penyelenggaraan sungai yang kurang memuaskan, longkang, perparitan yang tidak selari dengan pembangungan.

“Oleh itu kami merasakan sudah sampai masanya untuk mendesak Kerajaan Negeri khususnya supaya lebih prihatin dan peka serta meletakkan masalah ini sebagai suatu keutamaan demi menjaga keharmonian dan kemajuan negeri yang sedang berusaha untuk mencapai Perlis Maju 2015,” terang beliau.

Di samping itu, beliau bimbang syarikat-syarikat insurans berkemungkinan akan mengenakan caj premium yang tinggi kepada asset rumah dan kelengkapan rakyat Perlis.
“Ia juga oleh menyebabkan ketidakyakinan para pelabur untuk datang melabur di negeri ini serta keresahan para peniaga tempatan yang sering terdedah kepada banjir.

Mohammad Faisol berkata, Jawatankuasa Bertindak telah memutuskan akan mengadakan pertemuan secara rasmi dan tidak rasmi dari masa ke semasa untuk meneliti perkembangan isu banjir ini.

Pihaknya akan membawa mesej keresahan dan penderitaan banjir rakyat kepada seluruh agensi terbabit seperti Kerajaan Negeri dan Pusat serta Jabatan Pengaliran dan Saliran dan Majlis Perbandaran Kangar.

Jawatankuasa Bertindak juga katanya, akan mengadakan pertemuan dengan pakar alam sekitar, perancangan perbandaran, NGO-NGO berkaitan bagi mengolah idea terbaik untuk diajukan kepada pihak berwajib supaya isu permasalahan banjir di Perlis akan dapat diatasi segera.

Apa sebenarnya peranan UPI?

Sinar Harian 29/9/11

Rakyat Perlis tuntut kerajaan negeri atasi masalah banjir

KANGAR - Setelah tiga kali banjir melanda negeri Perlis sebanyak tiga kali dalam masa tidak sampai setahun, warga Perlis yang prihatin telah mewujudkan laman Facebook "215,000 Rakyat Perlis tuntut Kerajaan Negeri atasi masalah BANJIR".

Bencana banjir berlaku pada bulan November 2010, bulan Mac dan September tahun ini menyebabkan kerosakan besar harta-benda penduduk selain meninggalkan perasaan trauma dan gelisah kepada mangsa banjir setiap kali hujan lebat turun.

Bagi sebahagian penduduk di kawasan sekitar Kangar pula, sudah tiga kali mereka menerima limpahan banjir dari kawasan utara Perlis. Dalam erti kata lain, kawasan mereka akan ditenggelami banjir dengan teruk selepas sehari atau dua hari kawasan lain ditenggelami banjir.

Dalam laman Facebook terbabit, pelabagai permasalahan diutarakan berkaitan bencana banjir yang telah melanda Perlis yang menuntut kerajaan negeri untuk mengambil tindakan untuk mengatasinya.

Antara lainnya pengunjung yang meninggalkan komen menyatakan masalah utama berlakunya banjir di Perlis ialah masalah pengairan yang masih belum dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran.

Begitu juga, seorang pengunjung meninggalkan komen mendakwa Kerajaan Perlis tidak memohon bajet untuk tebatan banjir dalam Rancangan Malaysia Ke 10 bebrbanding kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat.

Ada juga pengunjung yang mempersoalkan pihak berwajib yang tidak membuat "post mortem" selepas banjir yang pertama atau kedua, dari segi punca berlakunya banjir, langkah langkah kawalan jangka pendek dan panjang selain kerugian atas kerosakan yang berlaku.

Difahmakan bahawa masih ramai mangsa banjir kali pertama tahun lalu masih belum mendapat bantuan banjir yang dijanjikan. Bagi yang telah menerimanya pula, jumlah yang diperolehi itu tidaklah mencukupi, malah mereka terpaksa pula menghadapi kerugian berganda pula pada tahun ini.

Shahidan Kassim: Sungai Perlis Perlu Diperdalam Untuk Elak Banjir

Bernama melaporkan: KANGAR, 11 Okt - Sungai Perlis yang menganjur dari Kangar ke Kuala Perlis perlu diperdalam dan diperluaskan sebagai langkah mengawal bencana banjir.

Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sungai sepanjang 11 kilometer itu kini semakin sempit dan cetek serta tidak mampu menampung limpahan air ketika hujan lebat, menyebabkan berlaku banjir.

Walaupun lebar Sungai Perlis ialah 70 meter, namun semasa surut laluan air hanya bersaiz 30 meter sahaja, katanya kepada pemberita semasa meninjau sungai itu, di sini Selasa.

Katanya masalah itu diburukkan lagi dengan pokok yang tumbuh di dalam sungai, sekali gus menghalang laluan air.

Beliau turut mencadangkan agar tebing kedua belah sungai ditinggikan bagi mengelak limpahan air sungai ketika berlaku banjir.

Shahidan berkata beliau juga akan mencadangkan kepada NCER agar melihat kepada keperluan infrastruktur di kawasan Sungai Perlis sebagai langkah tebatan banjir.

Beliau juga berpandangan cadangan meninggikan tebing Empangan Timah Tasoh untuk mengawal banjir di Perlis bukan keperluan mendesak, memandangkan yang paling penting ialah memastikan sistem saliran lebih sempurna.

Shahidan sebelum itu mendengar taklimat mengenai Sungai Perlis yang disampaikan Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Mat Supri Kasa.

Mat Supri berkata buat masa ini pihaknya mengambil langkah jangka pendek dengan membersihkan Sungai Perlis dan sungai kecil lain yang mengalir ke sungai utama itu bagi memastikan kelancaran aliran air.

Wednesday, September 14, 2011

Remaja koma dibaling topi keledar oleh polis meninggal dunia


Remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, yang koma sejak bulan Ramadan lalu meninggal dunia pagi tadi.

Mohd Solihin Che Kassim mengalami kecederaan didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya semasa kejadian yang belaku pada satu malam di bulan Ramadan lalu.

Difahamkan keluarga beliau tidak membenarkan bedah siasat dilakukan sedangkan pihak polis meminta bedah siasat diadakan dan akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Anggota polis berkenaan juga difahamkan telah digantung tugas.

Artikel berkenaan:

DI SINI atau DI SINI

Friday, August 26, 2011

IPTIPs: Kegagalan kerajaan negeri Perlis?

KANGAR - Berdasarkan usianya, Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) yang mula beroperasi pada tahun 1998 seharusnya muncul sebagai sebuah pusat pengajian yang terunggul di dalam bidangnya.

Namun apa yang menyedihkan, IPTIPs kini dilihat sebagai "hidup segan mati tak mahu".

Ramai yang melihat IPTIPs sepatutnya sudah setaraf dengan Kolej Universiti Insaniah di Kedha (ditubuhkan tahun 1995) dari pelbagai aspek memandangkan ianya merupakan sebuah institusi pengajian milik penuh Kerajaan Negeri Perlis dan Yayasan Islam Perlis (YIPs).

Pelbagai masalah timbul di IPTIPs, antara lainnya berkaitan kemerosotan jumlah pelajar, staf akademik yang kurang berkelayakan, pemecatan pensyarah tanap mengikut prosedur, perlantikan tenaga kerja luar yang tidak mempunyai dokumen yang sah untuk bekerja di negara ini serta masalah akreditasi.

Sumber memberitahu Harakah, jumlah pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma kini hanya 21 orang dan selebihnya pula adalah pelajar Pra-STAM menjadikan jumlahnya sekita 50 orang sahaja.

Permasalahan IPTIPS pernah dibangkitkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis oleh wakil PAS, Rus'sele Eizan pada tahun 2009.

Pada masa itu, kerajaan negeri mengakui mengakui berlakunya kelemahan pada pengurusan IPTIPs termasuk keadaan sana serta kekurangan jumlah kursus menjadikan kurangnya minat untuk pelajar menyambung pengajian di situ.

Mengulas isu ini,Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Azmir Azizan mahu pihak kerajaaan negeri dan YIPs menyemak semula hasrat penubuhan IPTIPs dahulu samada ianya menepati kehendak asal penubuhannya.

"Segala kelemahan perlu diperbaiki segera sebelum bertambah parah. Dengan nisbah pelajar sedikit dan pensyarah yang ramai, serta kelemahan-kelemahan yang ada mana mungkin IPTIPs boleh menarik minat orang untuk belajar di sana.

"Kalau IPTIPs tidak dapat dipulihkan segera, ini buktinya suatu lagi kegagalan kerajaan negeri Perlis," katanya.

Thursday, August 18, 2011

Haji Anuar Tahir:Bukan Facebook saya..!!!


KANGAR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir menegaskan beliau tidak ada kaitan sama-sekali dengan laman Facebook "Sokong Anuar Tahir

Malah katanya, beliau tidak tahu-menahupun tentang kewujudan laman Facebook tersebut sehingga diberitahu oleh seorang kakitangan di Pejabat Perhubungan PAS Perlis baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis menafikan sekeras-kerasnya sebarang pembabitan dalam Facebook terbabit yang turut dijadikan medan untuk menghambur kata-kata kesat kepada pimpinan PAS Perlis.

"Facebook terbabit dibuat tanpa restu tuan empunya badan dan juga bukan dengan restu PAS Perlis. Perkara ini amat dikesali kerana mereka turut menggunakan gambar saya.


"Kita menjangkakan Facebook tersebut diwujudkan oleh orang-orang terdesak yang anti-PAS dan digunakan sebagai kempen gerak saraf untuk cuba memecah-belahkan perpaduan khsusunya di dalam PAS Perlis sendiri," jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Padang Besar.

Menjelang pemilihan PAS pada Jun lalu, sebuah Facebook "Anuar Tahir Sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis" telah diwujudkan yang mana Mohd Anuar sendiri turut menafikan pembabitan beliau dalam Facebook terbabit.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda PAS Perlis, Mohd Sahir Abd Rahman dalam posting beliau di Facebook telah meminta agar rakan-rakan Facebook yang prihatin supaya "Unfriend" dengan laman Facebook "Sokong Anuar Tahir

Wednesday, August 17, 2011

SPR buat pening lagi...


Kawasan Padang Besar yang terlibat.....

Majlis Iftar sekitar kawasan Padang Besar

Majlis Iftar DUN Titi Tinggi
Majlis berbuka puasa PAS Kawasan turut dihadiri rakan dari DAP
Majlis berbuka puasa PAS Kawasan
Majlis berbuka puasa PAS kawasan di Santan pada 15/8/11
Majlis berbuka puasa DUN Santan
YDP dan TYDP turut hadir ke majlis berbuka puasa DUN Santan

Bubur Lambuk Ramadan

DUN Santan di Markas Padang Pauh
DUN Titi Tinggi di Markas DUN
Bubur DUN Beseri
Beseri lagi

Thursday, August 4, 2011

Lagi kegilaan daftar pemilih

Pengundi yang boleh mengundi di dua tempat..Satu sebagai pengundi pos dan satu sebagai pengundi awam....


LAGI...... KLIK DI SINI atau DI SINI