Friday, June 24, 2011
AWAS!! Provokasi tentang BERSIH 2.0 menular di Perlis
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 3:37 PM 0 comments
Labels: Berita
Saturday, June 18, 2011
YDP Padang Besar dilantik TPJ PAS Perlis
Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Haji Mohd Anuar Tahir dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Perlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Hashim Jasin petang tadi.Timbalan Yang Dipertua, Wan Kharizal Wan Khazim turut dilantik sebagai Ahli Badan Perhubungan PAS Perlis. Setiusaha PAS Kawasan, Sarudin Abu Bakar juga menganggotai Badan Perhubungan PAS Perlis secara automatik.
Manakala, Naib Yang Dipertua, Ustaz Yahaya Ahmad kekal sebagai Penolong Setiausaha Perhubungan Negeri. Seorang lagi AJK PAS Kawasan, Ustaz Muhammad Azmir Azizan turut dilantik sebagai Penolong Setiausaha Perhubungan.
Dalam pada itu, bekas Setiausaha PAS Kawasan, Haji Hisharuddin Hassan pula dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri.
Tiga orang lagi AJK PAS Kawasan dipilih menganggotai Badan Perhubungan PAS Perlis iaitu Ketua Penerangan, Mohd Razi Mustaffa (Pengarah DUN Titi Tinggi) dan Wan Abdul Rahman Wan Ahmad.
Perlantikan kabinet baru PAS Perlis turut menyaksikan mantan YDP PAS Kawasan, Haji Abdul Karim Md Rejab dilantik sebagai Bendahari Perhungan.
Dua orang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis ialah Hairy Hashim dan YB. Rus'sele Eizan.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 6:33 PM 0 comments
Labels: Berita
Tahniah YDP Padang Besar
Seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan tahniah kepada Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Anuar Tahir di atas pelantikan beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Mudah-mudahan Haji Mohd Anuar dapat memberikan sumbangan yang terbaik untuk perjuangan ini. Allahu Akbar.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 6:22 PM 0 comments
Labels: Tahniah
Wednesday, June 15, 2011
Timbalan Presiden PAS di DUN Santan
Program Timbalan PAS, Haji Mohamad Sabu bersama veteran PAS di DUN Santan diadakan sempena kunjungan beliau ke Perlis 14 Jun lalu di Kampung Petai.
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 11:31 PM 0 comments
Friday, June 10, 2011
Dr Asri: Umno nampak hipokrit kecam konsep negara kebajikan PAS
Sumber: Malaysian InsiderKUALA LUMPUR, 10 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan.
Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik.
“Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.
“Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
BACA LAGI.....
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 5:26 PM 0 comments
Labels: Berita
Jom pakat pi dengag ceramah...
Posted by PAS Kawasan Padang Besar at 4:39 PM 0 comments
Labels: Ceramah
Subscribe to:
Posts (Atom)





