Friday, July 15, 2011

Majlis Silaturrahim dan Pelancaran Dana Wakaf 2

12 Julai lalu bertempat di Markas PAS Cawangan Taman Melati Indah, Bukit Kerang telah diadakan Majlis Silaturrahim dan Plancaran Dana Wakaf Kompleks PAS Kawasan Fasa 2.


Dihadiri Jawatankuasa PAS Kawasan serta wakil cawangan-cawangan dari seluruh kawasan Padang Besar
Setiausaha PAS Kawasan memperkenalkan AJK Sesi 2011-2013
Ketua Keselamatan Kawasan, Saudara Akiz Saad menceritakan pengalaman ditangkap semasa Bersih 2.0

Taklimat Dana Wakaf oleh NYDP, Ustaz Yahaya Ahmad


Ucapan YDP yang melancarkan Dana Wakaf 2


Penyerahan Kupon Dana Wakaf kepada wakil DUN

UMno/BN kena belajar dari peristiwa kebangkitan rakyat di dunia Arab

PADANG BESAR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan pimpinan Umno/BN supaya sedar bahawa kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung sekiranya demokrasi tidak diletakkan pada landasannya yang sebenar.

Menurutnya, penafian ruang demokrasi dan kebebasan kepada rakyat merupakan suatu yang bertentangan dengan fitrah manusia samada dari kalangan umat Islam atau orang bukan Islam kerana tidak memberikan kehormatan kepada diri manusa yang mepunyai maruah.

Berucap di majlis ceramah penerangan di Markas PAS Cawangan Titi Tinggi Hilir dekat sini 11 Julai lalu, beliau mengingatkan pimpinan Umno/BN supaya belajar dari peristiwa kebangkitan rakyat di dunia Arab baru-baru ini sebagai pengajaran.

"Kita gagal untuk memahami satu yang lebih penting, mengapa keadaan menjadi huru-hara kerana kerajaan yang lama berkuasa tidak memberi ruang demokrasi kepada rakyat.

"Maka berlakunya kebangkitan rakyat bukan salah rakyat tapi salah pemerintah yang tidak memberi makna dan nilai demokrasi yang sebenarnya.Jadi pemerintah perlu belajar dari sana. Jangan marahka rakyat yang turun pada 9 Julai lalu, polis jangan pukul, sembur sampai ada yang meninggal, jangan ada yang maki hamun kita kerana itu sebenarnya adalah kesalahan rejim pemerintah yang tidak memberi demokrasi sehingga rakyat terasa yang haknya dihormati.

"Sebab itulah kena ambil pengajaran. Bukan apa, kita nak beritahu awal kepada pemimpin Umno/BN nanti mereka pun akan jadi macam tu, jangan kata kami tak beritahu. Anda telah diberi amaran kerana rakyat akan bangkit bila demokrasi tidak diletakkan pada landasannya," ujarnya.

BERSIH bukan nak berkelahi dengan SPR

PADANG BESAR - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah suatu tuntutan yang jelas dan bukannya dibentuk untuk berkelahi dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Pengerusi KeADILan Kedah, Ir. Zamri Yusof.

Berucap di majlis ceramah penerangan di Markas PAS Cawangan Titi Tinggi Hilir dekat sini 11 Julai lalu, beliau berkata tuntutan Bersih adalah amat bermanfaat serta munasabah dan boleh diterima oleh pemikiran yang waras.

"Kita bukan nak berkelahi dengan SPR, dengan Tan Sri aziz atau dengan Dato' Wan Ahmad. Mereka hanya menjalankan tugas bagi pihak SPR.
Kita tak mau bekelahi atau cakap banyak dengan mereka.

"Yang kita nak tuntut adalah supaya pihak pemerintah yan bertanggungjawab ke atas SPR ini membuat perubahan atau reformasi agar Malaysia dipandang tinggi oleh mata dunia. Kita mahu warga dunia melihat proses pilihanraya di negara ini berjalan dengan adil dan telus," katanya.

Ceramah Pakatan Rakyat di Titi Tinggi Hilir

Ceramah Pakatan Rakyat di Markas PAS Cawangan Titi Tinggi Hilir pada 11 Julai lalu.

Penceramah Jemputan: Ir Zamri Yusof (Timbalan Pengerusi PKR Kedah) dan YB Dr Mujahid Yusof Rawa (AJK PAS Pusat)

Ucapan aluan Timbalan YDP
Dari kiri: Pengarah DUN Titi Tinggi, YDP Kawasan, Dr Mujahid dan Ir Zamri
Ir Zamri: BERSIH bukan nak gaduh dengan SPR
Pemimpin Umno/BN kena belajar dari peristiwa dunia Arab

Sepetang bersama Dr Mujahid

Majlis Hi-Tea bersama AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa diadakan di Taman Beseri Jaya pada 11 Julai lalu. Terima kasih kepada tuan rumah, Abang Ghani PKR...

Ucapan YDP
Ucapan Dr Mujahid

Memperingati Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor

Program Nostalgia Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor diadakan pada 2 Julai lalu di Markas Tarbiyah PAS Kawasan di Santan.

Penceramah jemputan ialah Saudara Aris Awang, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah.


Tayangan video nostalgia Ustaz Fadzil

Pengkisahan oleh Sudara Aris Awang

Sunday, July 10, 2011

Penjelasan Bersih 2.0


PAKAT MAI RAMAI-RAMAI.... SEBARKAN KEPADA SAHABAT-HANDAI..!!!