Monday, October 12, 2009

Pemimpin korup: Usah biar Bagan Pinang jadi kes rujukan

Oleh LanH
Berdasarkan kelengkapan fizikal termasuk khemah gergasi dan lautan poster dan lambangnya di Bagan Pinang, ditambah lambakan kemewahan dan kewujudan hampir 5,000 pengundi pos, Umno-BN tidak mempunyai masalah mengekalkan kerusi Dun N31; tetapi tunggu dulu, pengundi kena ingat kemenangan itu akan menjadi ‘precedent case’ (kes rujukan) dalam memilih pemimpin termasuk dalam pilihan raya akan datang.

Gambar Hiasan

Apabila seorang calon bermasalah dipilih sebagai pemimpin, tidak menjadi hal pada masa depan, orang bermasalah dilantik ke jawatan tertinggi dan penting. Adalah menakutkan jika pada masa depan mereka yang telah didapati bersalah oleh lembaga tatatertib di pejabat dilantik ketua pegawai eksekutif (CEO), AJK korup menjadi pengerusi masjid, sidang bermasalah dilantik ketua kampung ataupun posmen pencen bermasalah menjadi ketua pos.

Apabila ini berlaku, bermakna sudah berlalu khianat dalam pemilihan pemimpin. Pemimpin dipilih secara sewenang-wenang tanpa mengambil kira ciri-ciri wajib dimilikinya seperti berakhlak mulia.

Hari ini begitu ramai orang menawarkan diri menjadi pemimpin sedangkan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika orang ramai mahukan beliau menjadi khalifah menggeletar tubuh badannya seraya berkata: “Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.

"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, bermaksud: “Akan datang selepasku ini pemimpin-pemimpin yang suka bercakap bohong, dan suka melakukan kezaliman; sesiapa di kalangan kamu yang membenarkan pembohongannya, dan menyokong kezalimannya, mempertahankan kezalimannya bersama kezalimannya, kau bukan umatku dan aku bukan Nabi kamu, dan kamu tidak akan layak minum air kauthar (telaga)ku.” - Riwayat At-Tarmizi Wal Hakim Wannasa'i.

Baca selanjutnya

0 comments: