Wednesday, January 25, 2012

Program terkini



TYDP ziarah anak Tionghua berpenyakit kronik

BESERI - Timbalan YDP PAS Kawasan baru-baru ini menziarahi seorang kanak-kanak Tionghua yang menghidap penyakit kronik di Beseri. Menurut keluarganya, kanak-kanak ini sudah beberapa tahun mengidap penyakit tersebut dan tidak penah mendapat perhatian khususnya dari pihak pemerintah.

MUnajat PRU ke 13











Program Munajat PRU 13 anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan diadakan pada 20 Januari lalu di tingkat atas bangunan Kompleks Tarbiah PAS Kawasan Padang Besar di Bukit Kerang.

Friday, January 20, 2012

Lagi bantahan pemasangan bendera BN di premis awam

Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Perbandaran Kangar ekoran pemasangan bendera BN di Klinik Kesiharan Beseri.

BACA DI SINI >>

Berikut adalah Kenyataan Media DPP Kawasan

BANTAHAN PEMASANGAN BENDERA BARISAN NASIONAL DI PREMIS AWAM

1. Kami mendapati pihak Barisan Nasional (BN) telah memasang begitu banyak bendera parti mereka di pagar Klinik Kesihatan Beseri sejak seminggu yang lalu. Begitu juga pihak BN dengan biadabnya telah memasang dua bendera di tiang bendera klinik tersebut bersama bendera Malaysia dan bendera Perlis.

2. Kami juga mendapati sejak beberapa minggu kebelakangan ini pemasangan bendera Barisan Nasional dibuat secara berleluasa di seluruh negeri Perlis yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan penduduk negeri ini memandangkan pemasangan ini dibuat di luar musim pilihanraya.

3. Kami melahirkan rasa kesal dengan perbuatan memasang bendera di premis awam seperti ini yang boleh menimbulkan fitnah dan rasa kurang senang di kalangan pengurusan dan kakitangan klinik serta menimbulkan pelbagai persepsi buruk di mata awam.

4. Begitu juga, kami membantah sebarang pemasangan bendera mana-mana parti politik di mana jua kawasan premis awam di negeri.

5. Justeru kami memohon pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengambil tindakan segera dengan sikap yang telus dan professional berkaitan bantahan kami supaya tidak timbul suasana yang tegang mahupun persaingan tidak sihat di kalangan parti politik di negeri ini.

6. Kami juga menuntut pihak MPK mengeluarkan garis panduan berkenaan pemasangan bendera-bendera parti politik di negeri ini.

SHUHAIRI BIN SAMSUDDIN
Ketua Dewan Pemuda
PAS Kawasan Padang Besar
19 Januari 2012

Ijtimak Tarbawi PAS Kawasan

Ijtimak Tarbawi Pilihanraya peringkat PAS Kawasan Padang Besar diadakan 15 Januari lalu di Markas PAS Kawasan di Santan. Dihadiri pimpinan peringkat kawasan, DUN dan cawangan.


Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Azamhari Mahamood menyampaikan ucapan aluan
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis, Ustaz Salleh Adam merasmikan program

Slot 1 bersama AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Lotfi Ariffin

Slot 2 bersama YB. Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin

Penutup oleh YDP Kawasan

Cenderahati untuk Ustaz Lotfi

Cenderahati untuk Ustaz Hashim

PAS Perlis bantah pemasangan bendera BN

KANGAR - PAS Perlis membantah pemasangan bendera Barisan Nasional secara berleluasa di seluruh negeri Perlis sejak beberapa minggu lalu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir, pemasangan bendera tersebut yang dibuat di luar masa pilihanraya boleh menimbulkan keresahan di kalangan penduduk Perlis.

"Kita turut melahirkan rasa kesal dengan perbuatan memasang bendera berhampiran premis awam seperti sekolah dan sebagainya. Saya dapati terdapat bendera BN yang dipasang berhampiran pagar sekolah.

"Kita difahamkan bahawa pihak Umno/BN Perlis ada melakukan simulasi pilihanraya baru-baru ini, tetapi kenapa bendera-bendera tersebut tidak diturunkan lagi?

"Begitu juga kita faham bahawa ada pimpinan tertinggi BN yang akan datang ke Perlis, tetapi tidak wajar bendera tersebut dipasang terlalu hampir dengan premis awam," ujarnya.

Untuk itu menurut Anuar lagi, PAS Perlis akan mengemukakan bantahan kepada pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berkaitan isu ini.

"Kita jangkakan jika bendera PAS, KeADILan ata DAP yang dipasang dengan banyaknya sudah tentu ianya akan diturunkan, jadi kita minta kerjasama dan pertimbangan baik MPK berkaitan hal ini.

"Janganlah pemasangan bendera yang banyak macam ni sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat sedangkan parlimen belum dibubarkan lagi. Jangan sampai nanti wujud persaingan tidak sihat di kalangan parti-parti politik di negeri ini," katanya lagi.