Thursday, October 20, 2011

PAS dan PKR tolak sertai, Himpun terbuka terima pemimpin politik Muslim

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) masih membuka undangan kepada semua pemimpin Islam dari parti-parti politik untuk hadir pada perhimpunannya di Shah Alam, Sabtu ini meskipun PAS dan PKR memutuskan untuk tidak menyertai bersama.

Pengerusi bersamanya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Himpun beriltizam untuk memastikan bahawa penyatuan ummah dapat diperkukuhkan dalam ikatan akidah sebagai satu-satunya prinsip yang tidak mungkin umat Islam mahu berkompromi atau berpecah.

“Oleh kerana itu kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik agar bersama dalam perhimpunan tersebut supaya mendidik umat Islam bahawa akidah umat Islam mesti dipelihara dan betapa perlunya hidup berakidah di kalangan umat Islam diperkukuhkan dalam sebuah negara berbilang agama,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Mohd Azmi berkata Sekretariat Himpun menghormati dan menyambut baik keputusan PAS, yang diputuskan malam kelmarin, bahawa ia tidak terlibat dengan anjuran perhimpunan besar-besar julung kali diadakan atas alasan bahawa ini adalah inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan mana-mana parti politik.


LAGI >>>

0 comments: