Saturday, June 18, 2011

YDP Padang Besar dilantik TPJ PAS Perlis

Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Haji Mohd Anuar Tahir dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Perlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Hashim Jasin petang tadi.

Timbalan Yang Dipertua, Wan Kharizal Wan Khazim turut dilantik sebagai Ahli Badan Perhubungan PAS Perlis. Setiusaha PAS Kawasan, Sarudin Abu Bakar juga menganggotai Badan Perhubungan PAS Perlis secara automatik.

Manakala, Naib Yang Dipertua, Ustaz Yahaya Ahmad kekal sebagai Penolong Setiausaha Perhubungan Negeri. Seorang lagi AJK PAS Kawasan, Ustaz Muhammad Azmir Azizan turut dilantik sebagai Penolong Setiausaha Perhubungan.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha PAS Kawasan, Haji Hisharuddin Hassan pula dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri.

Tiga orang lagi AJK PAS Kawasan dipilih menganggotai Badan Perhubungan PAS Perlis iaitu Ketua Penerangan, Mohd Razi Mustaffa (Pengarah DUN Titi Tinggi) dan Wan Abdul Rahman Wan Ahmad.

Perlantikan kabinet baru PAS Perlis turut menyaksikan mantan YDP PAS Kawasan, Haji Abdul Karim Md Rejab dilantik sebagai Bendahari Perhungan.

Dua orang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis ialah Hairy Hashim dan YB. Rus'sele Eizan.

0 comments: