Thursday, May 5, 2011

Demokrasi di dalam PAS sebagai contoh

KANGAR - Demokrasi adalah suatu yang amat berharga sehinggakan orang sanggup mati mempertahankannya, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Mohd Anuar Tahir.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat melihat proses demokrasi yang diamalkan di dalam PAS sebagai sebuah gerakan Islam menghormati hak dan kebebasan bersuara dan memilih pimpinan dengan syarat ianya dilaksanakan berlandaskan syariat.

"Kita di dalam PAS mempertahankan amalan demokrasi yang dilaksanakan dengan beretika dan diimbangi puka dengan kaedah syura," katanya mengulas tentang pemilihan parti yang sedang berlangsung .

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua, Wan Kharizal Wan Khazim pula berkata amalan demokrasi di dalam PAS perlu dihormati oleh semua pihak khususnya di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri.

"Sebab kita pilih demokrasi di dalam parti, biarlah demokrasi yang kita praktikkan di dalam PAS menjadi contoh kepada semua," jelasnya.

Manakala Naib Yang Dipertua, Ustaz Yahya Ahmad pula meminta semua ahli dan pimpinan PAS supaya merapatkan semula saf perjuangan parti selepas menjalani proses pemilihan pada tahun ini.

"Yang pentingnya kita nak meneruskan kerja-kerja kita, rapatkan semula saf dan beri tumpuan khususnya kepada pesediaan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang," ujarnya.

Ketiga-tiga pimpinan kawasan ini ditemui selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa PAS Kawasan di Markas Tarbiah PAS Kawasan Padang Besar di Santan dekat sini minggu lalu.

PAS Padang Besar melantik mantan Ketua Pemuda, Sarudin Abu Bakar selaku Setiausaha dan mengekalkan Bendahari serta Ketua Penerangan sesi lalu.

0 comments: