Monday, April 18, 2011

Anuar Tahir kekal YDP Padang Besar

BESERI - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Haji Mohd Anuar Tahir kekal menerajui PAS Kawasan Padang Besar selaku Yang Dipertua bagi sesi 2011-2013.


Pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan kali ke 17 yang diadakan di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa Sabtu lalu, Mohd Anuar sekali lagi akan digandingkan dengan Wan Kharizal Wan Khazim selaku Timbalan Yang Dipertua.

Sementara itu, jawatan Naib Yang Dipertua pula dimenangi oleh Ustaz Yahaya Ahmad.

Dalam pada itu, Haji Osman Ismail pula kekal selaku Pengerusi Tetap PAS Kawasan.

Mudir Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Ustaz Azamhari Mahamood pula menang tanpa bertanding sebagai Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan yang dipilih ialah: Yasir Arafat Abni Hajar, Daud Hassan, Md Rodzi Ismail, Haji Mohd Ali Puteh, Bashir Ishak, Abdullah L. Manan, Sarudin Abu Bakar, Saad Seman, Wan Abd Rahman Wan Ahmad, Rahini Ali, Farishah Ahmad, Abd Akiz Saad, Hamid Ahmad, Bahran Ismaik,Kamis Yub, Haji Ramli Abdullah dan Rusnah Darani.

0 comments: