Thursday, February 25, 2010

YDP teruja PAS cawangan usahakan tanaman padi

SANTAN -Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Haji Mohd Anuar Tahir teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh PAS Cawangan Baroh-Alor Sena yang mengusahakan padi bagi mengisi dana kewangan cawangan.

"Inilah kali pertama saya berjumpa dengan cawangan yang berbuat demikian dan saya amat gembira dan teruja dengan usaha sebegini," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kali ke-20 PAS Cawangan Baroh-Alor Sena.

Mesyuarat Agung diadakan di markas cawangan tersebut 18 Februari lalu.

Hj Mohd Anuar berucap merasmikan Mesyuarat Agung

Ketua cawangan, Daud Hassan menyampaikan cenderahati kepada Hj Anuar

0 comments: