Thursday, February 18, 2010

Program sempena Tahun Baru Cina

PAS Kawasan Padang Besar melalui Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) telah mengadakan program edaran buah limau dan kad ucapan sempena Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua di sekitar Pekan Padang Besar dan Kaki Bukit pada 12 Februari lalu.

Program ini disertai Timbalan Yang Dipertua, Wan Kharizal Wan Khazim; Setiausaha PAS Kawasan, Hisharuddin Hassan; Ketua Penerangan, Ustaz Zolkharnain Abidin dan Pengerusi LPN Kawasan, Rosudin Kassim.

Turut serta, Pengarah MTD Titi Tinggi, Mohd Razi Mustaffa, AJK PAS Kawasan serta Ketua Cawangan DAP Padang Besar, Teh Seng Chuan.

Program bermula dengan lawatan ke kawasan Pekan Kaki Bukit dan kampung sekitarnya yang didiami penduduk kaum Tionghua.

Kemudiannya, rombongan bergerak ke Pekan Padang Besar. Program ini mendapat sambutan hangat dan rata-rata kaum Tionghua yang ditemui melahirkan rasa gembira.

Wan Kharizal di sebuah kedai di Pekan Besar

Ustaz Zolkharnain di Kaki Bukit

0 comments: