Thursday, February 25, 2010

Ijtima' Penerangan PAS Kawasan Padang Besar

SANTAN :Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kawasan Padang Besar menganjurkan Ijtima' Penerangan pada 19 Februari baru-baru ini.

Ijtima' diadakan di Markas Tarbiyah PAS Kawasan di Santan dengan dihadiri jentera penerangan PAS dari seluruh cawangan di dalam Kawasan Padang Besar.

Program diadakan bagi menerangkan isu-isu semasa ke peringkat akar umbi selepas para pimpinan menghadiri Taklimat Penerangan Isu Semasa yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam 9 Januari lalu.

Ijtima' Penerangan dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan, Hj. Mohd Anuar Tahir.

Tiga pimpinan telah membentangkan isu-isu pilihan iaitu: Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Zolkharnain Abidin al-Hafiz; Setiausaha PAS Kawasan, Hisharuddin Hassan dan Timbalan YDP, Wan Kharizal Wan Khazim.

YDP berucap merasmikan Ijtima' Penerangan
Ustaz Zol bentang "Isu Penggunaan Kalimah Allah"
Hisharuddin: Isu Royalti Kelantan, PKFZ dan Politik Perlis
Wan Kharizal: Isu Rasuah dan Perkembangan Semasa di Kedah

0 comments: