Thursday, January 21, 2010

YDP PAS Kawasan kunjungi pimpinan DAP Padang Besar

Mohd Anuar berbual dengan pimpinan DAP

PADANG BESAR - PAS Padang Besar turut mengambil inisitif untuk menjalinkan kerjasama di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam kawasan parlimen Padang Besar.

Jika dahulunya hanya parti KeADILan yang menjadi sahabat, kini usaha tersebut dilebarkan lagi untuk bersama-sama dengan DAP pula.

DAP kembali menubuhkan cawangan di kawasan Padang Besar pada tahun lali selepas lebih 24 tahun.

Kali terakhir parti tersebut mempunyai satu cawangan di Kaki Bukit pada tahun 1985 tetapi yang kemudiannya dibubarkan kerana tidak aktif.

Yang Dipertua PAS Padang Besar, Mohd Anuar Tahir baru-baru ini mengadakan perjumpaan santai bersama dengan pimpinan DAP cawangan Padang Besar.

Dalam perjumapaan tersebut, beliau melahirkan rasa gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan dalam Pakatan Rakyat yang mampu untuk bekerja dan berusaha menambahkan keyakinan rakyat untuk sama-sama menumbangkan kerajaan Umno/BN.

Dalam perjumpaan tersebut, pelbagai isu setempat turut dibincangkan khususnya membabitkan masalah keselamatan jalanraya di Pekan Padang Besar.

"Saya nak ajak tuan-tuan mula bekerja dan menyusun program dari sekarang untuk kita bersama-sama denga rakyat," kata Mohd Anuar kepada ketua cawangan DAP, Teh Seng Chuan.

0 comments: