Thursday, December 31, 2009

2009 : Sejarah Tahun Kejahatan UMNO-BN

Sumber: http://amkj.blogspot.com/


Marhaen dan dunia menyaksikan tahun 2009 adalah tahun dimana Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO diambang keruntuhan dan penuh kejahatan.

Ia bukan dicanang oleh pencatat tetapi dilakukan sendiri oleh tangan-tangan jijik UMNO-BN :

1. Setelah BN kalah PRU 12 bagi DUN Perak. UMNO-BN mengunakan wang dan Istana untuk merampas DUN Perak dari Pakatan Rakyat.

2. Datuk Seri Najib Razak mengunakan taktik kekalahan Pilihanraya kecil untuk merampas tahta Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Badawi.

Monday, December 28, 2009

YDP bersama pemuda di pertandingan Futsal

Dalam kesibukan beliau selaku AJK PAS Pusat serta sebagai CEO di sebuah GLC di Kedah, YDP PAS KAwasan Padang Besar, Hj Mohd Anuar Tahir sempat meluangkan masa untuk bersama-sama golongan muda di dalam kawasannya.

Selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan PAS Kawasan, beliau sempat bersama-sama dengan pemuda di kejohanan Futsal Piala YDP PAS Kawasan yang diadakan di Chuping 27 Disember lalu. Klik di sini untuk berita penuh

YDP turun padang di DUN Santan

KANGAR - Yang DiPertua PAS Kawasan padang Besar, Hj Mohd Anuar Tahir turun padang untuk bersama-sama masyarakat di Kampung petai di dalam DUN Santan dalam program yang disusun oleh Lajnah Khidmat Masyarakat PAS Kawasan.

Bertempat di Markas PAS Kampung Petai, majlis Anugerah Kecemerlangan diadakan di mana pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini menerima sumbangan.




Seterusnya, Mohd Anuar turut bersama dalam program ziarah aktivis veteran serta golongan warga emas dan kurang upaya.
Hadir sama Pengarah DUN Santan, Ustaz Yahya Ahmad.

Saturday, December 19, 2009

Undian Bajet.. Kupasan oleh Pimpinan!!


Blog PAS Kawasan Kangar

Tahniah. PAS Kawasan Kangar pun dah ada laman blog mereka sendiri... KLIK DI SINI!!

Sidang DUN Perlis


Ikuti perkembangan Sidang DUN Perlis di sini

Monday, December 14, 2009

Konsert Dibatalkan

Konsert anjuran DACS Perlis malam ini dibatalkan kerana MPK menarik balik permit.


Baca di sini.

Monday, December 7, 2009

Program 4 in 1 Pemuda Kawasan


Konvoi PMOC Ke Kelantan (Penyertaan masih dibuka)


Kelab Motosikal Padang Besar (PMOC) akan menganjurkan konvoi bermotosikal ke Kelantan


Tarikh: 17 Disember hingga 20 Disember 2009

Yuran penyertaan RM20.00


Sebarang pertanyaan huungi : 019-4410206 (Ahmad Saad) / 012-4626040 (Man Motor)

Thursday, December 3, 2009

Ceramah sempena Ijtimak Korban

CHUPING - PAS Kawasan Padang Besar mengadakan program Ijtimak Korban bertempat di rumah Timbalan YDP, Wan Kharizal Wan Khazim di Kampung Bawah Bukit di Chuping.
Pada sebelah malamnya pula diadakan majlis kenduri rakyat di samping ceramah penerangan isu semasa.
Majlis ceramah dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS KAwasan, Ustaz Zolkharnain Abidindan dua orang pimpinan telah menyampaikan ucapan mereka iaitu tuan rumah, Wan Kharizal serta Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya selaku penceramah undangan.

Ustaz Ahmad Yahya menyampaikan ceramahnya

Selain memberikan tazkirah berkaitan ibadah korban, Ustaz Ahmad turut mengupas pelbagai isu semasa termasuk perkembangan politik di negeri Kedah.

Katanya, pihak Umno/BN kini semakin tersepit akibat sokongan rakyat menebelahi Pakatan Rakyat sehinggakan mereka sanggup memperkudakan tiga agensi iaitu polis, SPR dan SPRM.

"Contohnya baru-baru ini, saya bersama beberapa orang Pemuda PAS Kedah pergi hantar memorandum membantah penerbitan artikel berkaitan peristiwa Memali kepada akhbar Kosmo, tapi saya pula disoal-siasat polis kerana didakwa menganjurkan perhimpunan haram," jelasnya.

Ibadah Korban di Padang Besar

Ijtimak Korban PAS Kawasan diadakan di rumah Timbalan YDP, Wan Kharizal di Chuping.
Foto: Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Zolkharnain Abidin menyembelih lembu
Ijtimak Korban MTD Santan diadakan di Padang Pauh.
5 ekor lembu ditumbangkan


Wednesday, November 25, 2009

Ceramah Korban

Pakat-pakat mai awal... ada kenduri korban


Monday, November 16, 2009

19 tahun PAS lulus KPI dengan cemerlang - Lim Kit Siang


Petikan Harakahdaily

KOTA BHARU, 16 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama lima penggal berturut-turut adalah KPI cemerlang kerajaan PAS mengekalkan sokongan rakyat di negeri ini.

Kejayaan tersebut seharusnya menjadi landasan kepada Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha untuk menumbang kerajaan Umno – Barisan Nasional (BN) seterusnya menguasai Putrajaya.

Perjuangan ke arah itu mesti diperkasakan sepanjang masa demi menghapus ataupun melenyapkan sistem pemerintahan kerajaan Umno yang angkuh, sombong serta banyak menyusahkan rakyat.

Lim menyedari banyak kepincangan berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno terutama berkaitan struktur menangani sesuatu isu yang mana rakyat ingin melihat kesannya dari sudut yang adil seperti fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegasnya, beliau tetap malah terus dengan pendirian bahawa penubuhan SPRM adalah semata-mata demi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Umno dan ianya jelas menyimpang dari prinsip asal penubuhannya.

“Sampai ke hari ini kes penyelewengan jutaan ringgit dalam Umno melibatkan orang-orang ternama dalam politik Umno hanya bisu. Siasat juga, tapi siasatan tinggal siasatan sampai bertahun-tahun,” katanya pada satu majlis ceramah umum, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyokong kenyataan Lim merujuk kepada beberapa isu seperti Perwaja, PKFZ yang hingga kini belum ada apa-apa tindakan terhadap mereka terbabit.

Lalu Abdul Hadi menegaskan kezaliman serta pembohongan dilakukan kerajaan Umno tidak boleh dimaafkan kecuali Umno bertaubat kerana perbuatan khianat dilakukan melibatkan hak rakyat.

Takziah kepada keluarga Wan Nor Diana

PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan takziah kepada Saudara Wan Selamat Wan Ibrahim sekeluarga atas kehilangan anak tersayang, Wan Nor Diana, 12, yang mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Darat Jumaat lalu.


Wan Nor Diana, pelajar Sekolah Kebangsaan Beseri sebelum ini pernah menuntut di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa ditemui di Sungai Santan, Padang Jejawi lebih 15 jam selepas beliau terjatuh kira-kira jam 4.30 pada petang sebelumnya.

Al-Fatihah.

Monday, November 9, 2009

Bantuan kepada mangsa banjir di Beseri

Pengarah Khidmat Masyarakat PAS Padang Besar, Ustaz Yahya Ahmad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Lembah Biak, Beseri sambil diperhatikan oleh Pegawai Khidmat DUN Beseri, Saidin Hussin. Seramai 41 orang dari 7 keluarga terpaksa dipindahkan dan ditempatkan sementara di dewan MRSM Beseri.

Thursday, October 29, 2009

Selamat Mengerjakan Haji

Seluruh AJK PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan selamat berangkat untuk mengerjakan haji kepada Setiausaha PAS Kawasan, Hisharuddin Hassan dan isteri beliau. Beliau telah berangkat ke sana pada 24 Oktober lalu.


Saturday, October 24, 2009

Ulasan Bajet 2010 - Macam Ada Yang Tak Kena

Oleh ; Dr Dzulkeflli Ahmad

YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang tadi (Jumaat 23 Okt, 2009). Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan ’I-Malaysia – Kemakmuran Bersama’. Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.

Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis ‘imbuhan’ serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.

Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% – dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalti dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 % dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5% dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1% dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita.

Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang ‘populis’ yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib macam serba tak kena.

Ini adalah antara banyak dilema yang Najib depani kini. Kalau silap congakan, beliau tahu akan dihukum kemudian. Sebab itu ada perkara yang disebut, tapi macam tak mahu sebut. Contoh jelas ialah GST – Goovernment Sales Tax. Cukai Jualan Kerajaan yang sifatnya cukai ‘Regressive’ atau ‘mengena semua’. Beliau sebut juga tapi langsung tak berani mendetailkan. Najib semacam tak yakin itu baik bagi populariti, bahkan tak tahu meramal tekanan kepada rakyat nanti. Sebetuan tentang pemulihan ekonomi bukan mudah untuk diyakinkan.

Bahkan Najib diperingat bukan sahaja oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa bahkan juga think-tank tempatannya sendiri seperti MIER, bahawa ekonomi global mungkin sahaja akan mengalami pemulihan bukan berbentuk V (turun dan naik), tetapi W yakni dua kali V, maksudnya kebarangkalian akan berlaku sekali lagi kemelesetan selepas pulih sebentar tidak dapat ditolak sama-sekali. Parah dan ngeri juga buat dirinya, tambahan kalau-kalau berhampiran dengan musim pilihanraya.

Berlatarkan kesemua senario dan unjuran yang kurang senang dan tidak menentu ini, Najib terpaksa menelan nafsunya untuk bermewah atau bermegah secara melampau dengan pemberian subsidi, imbuhan atau penurunan cukai.

Sebaliknya, Najib terpaksa mendepani realiti pahit ini. Peruntukan wang sebanyak RM 191.5 bilion, yang meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM138.3 bilion adalah penurunan sebanyak 13.7% dari tahun lalu (RM160.2 bilion, 2008). Malang pengurangan mengurus ini tidak dapat disalurkan kepada belanja pembangunan. Belanja pembangunan juga mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008.

Penulis sedia mengakui bahawa Najib telah cuba memberikan, seperti mana-mana bajet-bajet lain yang dibentangkan setiap tahun, pelbagai pemberian ’penyedap hati’. Terlalu panjang kalau mahu dibsenaraikan akan seanika dan segala pemberian kepada setiap kelompok rakyat, atau lebih tepat lagi pengundi, samada kepada pelajar universiti, petani, nelayan, kakitangan awam, pesara, golongan pekerja persendirian yang tak berpencen, kelompok ibu yang punya anak kecil, pelepasan diri kepada pembayar cukai, kelompok miskin tegar, orang asli, OKU dan banyak lagi. Benar, pelbagai jaringan keselamatan sosial boleh dilaksanakan untuk kelompok yang ’vulnerable’ dan sensitif. Najib PM dan Menteri Kewangan pulak. Ini masanya.

Tegasnya semua dapat. Tidak ada yang wajar mengkritik kerajaan. Sepatutnya bersyukur. Mudahnya, apa lagi yang tak cukup yang diberikan Menteri Kewangan? Itu tidak termasuk segala peruntukan RM 9 bilion tentang projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan termasuk luar bandar/kampung, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut, serta projek lapangan terbang dan lain lain.

Kesemua yang tersenarai di atas adalah perkara ’regular’ atau lazim dalam sebuah bajet. Bezanya hanyalah jumlahnya. Di segi itu, tidak ada yang luar biasanya bajet Menteri Kewangan ini. Sebab itu ramai yang tidak teruja dan tepukan dan sorakan tidaklah semewah yang dihajati pembentang. Malang dan sedih juga isterinya yang hadir dalam Dewan yang mulia itu.

Akan tetapi yang lebih merunsingkan ialah golongan yang lebih celik ilmu ekonomi dan kewangan yang menunggu-nunggu hingga ke hujung. Tegasnya, Menteri Kewangan membuktikan bahawa beliau hanya mampu memahami masalah namun tidak pula menampilkan penyelesaian. Jauh lagi secara tuntas.

Bahkan ’resipi dan rumusan’ seperti yang beliau bentangkan boleh sahaja dimuatkan dalam apa jua pembentangan Bajet. Sifatnya generik atau boleh sahaja digunakan dalam apa jua keadaan. Macam ubat generik seperti panadol untuk pening/sakit kepala. Tetapi sayugia diingatkan bahawa sakit kepala punya pelbagai puncanya? Mungkin juga migraine, stress, hipertensi atau lebih parah dari itu – ketumbuha dalam otak, space-occupying lesion, dengan izin.

Begitu juga dalam hal perumusan belanjawan ini.

Najib mungkin mengenalpasti penyakit namun dalam banyak hal rawatan dan ubatnya gagal dipreskripsi secara konsisten dan koheren.

Buat permulaan ambil sahaja isu ”Pergantungan kepada sumber Minyak”. Kalau sudah sampai ke tahap 43.5% pendapatan dari sumber minyak mentah, sayugia dingatkan kepada Najib, bahawa ekonomi negara ini masih lagi dikategori ekonomi tua atau ’Old Economy’ yang berteraskan kepada sumber asli. Tepat sekali kerana sumbangan pendapatan lain juga turut bergantung kepada minyak sawit, getah, galian, kayu-kayan yang kesemua sifatnya tak boleh diperbaharui.

Sudah sampai masanya bahawa negara benar-benarnya beredar dari pergantungan kepada ’petroleum-based soucres’ dan ’comodity-based sources’ kepada teras yang lain yang menjadikan ekonomi kita tergolong dalam ”The New Economy” yang berteraskan kegiatan ekonomi yang sarat ’Knowledge’ atau Pengetahuan. Satu satu dekad sebutan ini di buat, tapi hanya tingal sebutan.

Rhetorik dan impian untuk menjana ’knowledge workers’ adalah ungkapan molok pemimpin BN sewaktu seminar. Benar-benar ‘lip-service’ sifatnya. Sejauhmana pencapaian di segi ini mampu kita banggakan? Penjanaan ’New Economy’ juga dapat dibantu dengan ’internet connectivity’ yang berkualiti di segi kelajuan bukan hanya penembusan. Tapi negara kita jauh terkebelakang.

Kita beraleh kepada satu lagi mantra terkini yang kerap juga diulangsebut oleh pemimpin kerajaan terutamanya Menteri Kewangan sendiri. Dalam Bajet ini juga beliau mengulang sebut tentang membawa ekonomi negara ini dari ”Low-Income Economy” kepada ”High-Income Economy”. Ini adalah masalah kronik ekonomi negara ini. Kerajaan yang mahukannya kerana dulu itu faktor tarikan pelabur asing (FDI). Kini ia telah menjadi liabliti dan perangkap.

Benar juga kalau kita duduk di paras ini kuasa membeli dan permintaan domestik kita tetap tidak berupaya. Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda. Bajet ini hanya sekadar menyebutkan bahawa kita perlu menjadi ekonomi yang punya pendapatan tinggi, tetapi tidak jelas cara, kaedah dan pendekatan untuk menuju ke matlamat tersebut. Najib lebih tahu masalah dari penyelesaian. Mungkin juga kerana ini bajet sulungnya.

Tambahan dengan kebanjiran pekerja asing yang tidak punya ketrampilan, maka negara akan kekal dengan kegiataan nilai-tambah yang rendah dalam sektor pertanian dan pembinaan. High-Income Economy bermula dengan memperkasa pembinaan modal insan yang bebas dan kreatif serta digalakkan dengan iklim kebebasan yang mampu akses maklumat dan hak berkarya. Ini berlawanan sifat dengan sebuah kerajaan yang takut memperkasa rakyatnya dengan maklumat dan kebebasan. sebaliknya mencekik rakyatnya termasuk ahli akademik dan bijak pandai dengan Akta – AUKU dan OSA dll. Kepimpinan negara wajar memahami erti kebebasan dan kemerdekaan serta menghayatinya.

Najib meletakkan harapan yang tinggi kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan kerana pihak awam (G-factor) tidak lagi mampu menjana pertumbuhan kerana terhalang dengan defisit melebar dan beban hutang yang menimbun. Akan tetapi hakikatnya, Najib memberitahu bahawa FDI jatuh ke paras yang teruk, RM3.36 bilion dari RM 19.7 bilion tahun lepas.

Apakah sebab utama pelaburan asing langsung tidak merasakan negara ini menarik? Apakah sebab yang diberikan oleh kajian World Economic Forum ketika Malaysia lucut 3 tangga? Disamping faktor keselamatan dan jenayah, utama ialah tanggapan ’institutional framework’ yang bermasalah. Apakah SPRM atau MACC, MCMC, SPK, SPR, Institusi Judisiari atau Kehakiman? Najib perlu sedar bahawa Bajet bukan sahaj hal-hal ekonomi dan kewangan. Persoalan besarnya ialah: Mampu kah kerajaan merangsang dan menggesa pihak swasta untuk menjana pertumbuhan?

Mampukah kerajaan memujuk syarikat-syarikat milik orang malaysia yang beroperasi di luar negara dan negara jiran untuk pulang, seperti yang di akui sendiri kini oleh Najib? Dulu kita kata di Parlimen, itu pelaburan kita di luar negara. Mengapa mereka selesa di luar bahkan khuatir untuk beroperasi di negara ini? Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian dan mantra terbaru buat pemimpin BN/Umno untuk menarik pelaburan. sayugia diingatkan, ia penting tapi liberalisasi bukanlah segala-galanya. Jangan terlalu ghirah.

Perlu ada kesediaan juga untuk menerima bahawa polisi-polisi Umno/BN-sentrik dan amalan patronage-kronisme Umno/BN telah menjadikan negara kehilangan daya-saing sebenarnya. Penswastaan, mantra Mahathirisme, telah membebankan dan tidak mengurangkan kos kepada pembayar cukai dan perkhidmatan yang mahal dan dana rakyat ranap kerana kerajaan melakukan ’bail-out’ dan memberi subsidi kepada pihak swasta seperti IPP dan pemegang konsesi Tol dan Air. Apakah akan berlaku gelombang penswastaan kedua dalam era Najib?

Bajet telah dibentangkan. Harapan rakyat tinggi menggunung untuk mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan. Telah acapkali rakyat dikecewakan. Kali ini Najib memohon untuk di berikan ”the enefit of doubts’ – bersangka baik oleh rakyat. Silap itu penulis rasa. Ini bukan persolan berbaik sangka. Isunya ialah ketepatan polisi dan komitmen/iltizam politik untuk menggapainya.

Bagi melindungi kepentingan dan kemaslahatan rakyat, pemimpin Pakatan wajar terus menyemak-imbang pengurusan dan tabiat buruk pemimpin Umno/BN bagi melindungi kemaslahatan semua dan mengangkat dayasaing negara.

Tuesday, October 20, 2009

Tahukah Anda?

Dari kiri: Hisharuddin, Hj Mohd Anuar, Wan Kharizal, Ustaz Zol (inset)

Persempadanan semula kawasan pilihanraya tahun 1995 menyaksikan sebuah parlimen baru diwujudkan iaitu P.001 Padang Besar. Sebelum ini di Perlis hanya mempunyai dua kawasan parlimen iaitu Kangar dan Arau.

PAS dan KeADILan meletakkan calon-calon di setiap kali pilihanraya umum sejak tahun 1995.
Tahukah anda bahawa kesemua empat orang calon parlimen (baca posting di bawah) itu kini menduduki jawatankuasa harian PAS Kawasan Padang Besar.

Mereka ialah Hisharuddin Hassan, calon tahun 1995 (kini Setiausaha PAS Kawasan), Hj. Mohd Anuar Tahir, bertanding atas tiket KeADILan tahun 1999 (kini YDP PAS Kawasan), Wan Kharizal Wan Khazim, calon 2004 (Timbalan YDP PAS Kawasan) dan Ustaz Zolkharnain Abidin al-Hafiz, calon 2008 (Ketua Penerangan PAS Kawasan).

Keempat-empat mereka juga bertanding menentang calon BN yang sama iaitu Dato' Azmi Khalid.

Sejarah Pilihanraya Umum di Parlimen Padang Besar

PAS bersama-sama parti yang bersahabat seperti Semangat 46 dan KeADILan bertanding di semua kerusi dalam pilihanraya umum sejak tahun 1995.

Kerusi Parlimen P.001 PADANG BESAR

1995
HJ. AZMI BIN KHALID (BN) 17,013 HISHARUDDIN BIN HASSAN (PAS) 6,943

1999
Azmi Bin Khalid (BN) 14,386 Mohd. Anuar Bin Mohd. Tahir (KEADILAN) 9,867

2004
AZMI BIN KHALID (BN) 18,323 WAN KHARIZAL BIN WAN KHAZIM (PAS) 9,058

2008
AZMI BIN KHALID (BN) 16,991 ZOLKHARNAIN BIN ABIDIN (PAS) 11,643

Kerusi Dewan Undangan Negeri

N.01 TITI TINGGI

1995
CIKGU LOH YOON FOO (BN) 3,543 MEJ(B) SAMSUDIN BIN HJ. HAMID (S46) 1,219

1999
Loh Yoon Foo (BN) 2,892 Ibrahim Bin Said (PAS) 1,780

2004
LOH YOON FOO (BN) 3,668 KO CHU LIANG (KEADILAN) 1,476

2008
YIP SUN ONN (BN) 3,399 MOHAMAD RAZI MUSTAFFA (BEBAS) 1,585 KERIA SENAWI (PKR) 846


N.02 BESERI

1995
NORDIN BIN HJ. ABDULLAH (BN) 3,389 SYED AHMAD B. SYED ALI (S46) 1,168

1999
Zahidi Zainul Abidin (BN) 2,774 Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Rejab (PAS) 1,955

2004
ZAHIDI ZAINUL ABIDIN (BN) 3,492 MOHD ANUAR MOHD TAHIR (PAS) 1,621

2008
MAT RAWI KASSIM (BN) 3,123 DZULKEFLI MAT DE (PKR) 2,012

N.03 CHUPING

1995
YAZID BIN MAT (BN) 4,124 USTAZ YAHAYA AHMAD (PAS) 1,714

1999
Yaziz @ Yazid Mat (BN) 3,756 Wan Kharizal Wan Khazim (PAS) 2,496

2004
MANSOR JUSOH (BN) 4,632 MOHD.ALI PUTEH (PAS) 2,042

2008
MANSOR JUSOH (BN) 4,972 MOHD. ALI PUTEH (PAS) 2,169

N.04 MATA AYER

1995
TUAN HAJI ISHAK ARSHAD (BN) 2,886 SALEH ITAM (PAS) 1,182

1999
Ishak Bin Arshad (BN) 2,218 Suwardi Bin Yaacob (PAS) 1,554


2004
KHAIRI BIN HASAN (BN) 3,041 SUWARDI BIN YAACOB (PAS) 1,438

2008
KHAIRI BIN HASAN (BN) 3,059 WAN KHARIZAL WAN KHAZIM (PAS) 1,437


N.05 SANTAN

1995
EN. BAHARI BIN HJ. TAIB (BN) 3,107 HAJI ABDULLAH JASIN (PAS) 1,795

1999
Zolkharnain Bin Abidin (PAS) 2,802 Bahari Bin Taib (BN) 2,533

2004
SABRY BIN AHMAD (BN) 3,284 UST. ZOLKHARNAIN ABIDIN (PAS) 2,706

2008
SABRY BIN AHMAD (BN) 3,475 UST. ABD RASHID ABD RAHMAN (PAS) 2,763

Monday, October 19, 2009

Retreat dan Mesyuarat PAS Kawasan di Baling

PAS Kawasan Padang Besar mengadakan retreat serta mesyuarat AJK di sebuah pusat rekreasi di Baling pada 16 dan 17 Oktober lalu.
Pada malam 16 Oktober, mesyuarat AJK kali ke 5 diadakan dengan dipengerusikan oleh YDP Haji Mohd Anuar Tahir.
Pada 17 Oktober pula, AJK PAS Kawasan memerah otak membincangkan halatuju parti.
Dua kertas kerja dibentangkan oleh Timbalan YDP, Wan Kharizal Wan Khazim (pemerkasaan parti) dan Setiausaha, Hisharuddin Hassan (Pilihanraya Umum ke 13).
AJK yang hadir juga mengambil kesempatan untuk menikmati persekitaran dan kemudahan di pusat rekreasi ini sambil merehatkan badan.
Bergambar kenang-kenangan

Membincangkan halatuju PAS Kawasan

Mesyuarat AJK

Menikmati makan malam

Tuesday, October 13, 2009

WUJUDKAH PILIHAN RAYA DI DUN BAGAN PINANG ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin (http://peguampas.blogspot.com/)

Beberapa tahun yang lalu semasa saya mengendalikan kes petisyen pilihan raya bagi DUN Bangi saya dan Peguam Negara , Tan Sri Abdul Ghani Patail bertelagah tentang makna demokrasi.
Peguam Negara yang memohon Mahkamah membatalkan petisyen yang dikemukakan oleh PAS berhujah bahawa calon BN di Bangi , Amran Kasimin ( pada masa itu ) telah menang dengan majoriti yang besar sekaligus mengalahkan calon PAS iaitu Dr Shafie Abu Bakar.

Ghani Patail berhujah bahawa Mahkamah perlu menghormati pilihan rakyat di Bangi kerana majoriti besar dari pengundi di situ mahukan calon BN. Demokrasi, hujah Ghani Patail, adalah tentang suara majoriti iaitu pihak yang menang secara majoriti adalah pihak yang layak dilantik sebagai wakil rakyat.

Ketika menjawab hujah Ghani tersebut saya berhujah bahawa demokrasi bukan soal majoriti semata-mata. Pilihanraya yang bersih , bebas dan adil adalah sine qua non ( ciri utama ) demokrasi. Mana-mana pilihan raya yang tidak bersih, tidak bebas dan tidak adil ia bukanlah satu pilihan raya meskipun diadakan lima tahun sekali kerana pilihan raya sebegitu melanggar ruh dan prinsip demokrasi. Baca selanjutnya di sini

Monday, October 12, 2009

Pemimpin korup: Usah biar Bagan Pinang jadi kes rujukan

Oleh LanH
Berdasarkan kelengkapan fizikal termasuk khemah gergasi dan lautan poster dan lambangnya di Bagan Pinang, ditambah lambakan kemewahan dan kewujudan hampir 5,000 pengundi pos, Umno-BN tidak mempunyai masalah mengekalkan kerusi Dun N31; tetapi tunggu dulu, pengundi kena ingat kemenangan itu akan menjadi ‘precedent case’ (kes rujukan) dalam memilih pemimpin termasuk dalam pilihan raya akan datang.

Gambar Hiasan

Apabila seorang calon bermasalah dipilih sebagai pemimpin, tidak menjadi hal pada masa depan, orang bermasalah dilantik ke jawatan tertinggi dan penting. Adalah menakutkan jika pada masa depan mereka yang telah didapati bersalah oleh lembaga tatatertib di pejabat dilantik ketua pegawai eksekutif (CEO), AJK korup menjadi pengerusi masjid, sidang bermasalah dilantik ketua kampung ataupun posmen pencen bermasalah menjadi ketua pos.

Apabila ini berlaku, bermakna sudah berlalu khianat dalam pemilihan pemimpin. Pemimpin dipilih secara sewenang-wenang tanpa mengambil kira ciri-ciri wajib dimilikinya seperti berakhlak mulia.

Hari ini begitu ramai orang menawarkan diri menjadi pemimpin sedangkan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika orang ramai mahukan beliau menjadi khalifah menggeletar tubuh badannya seraya berkata: “Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.

"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, bermaksud: “Akan datang selepasku ini pemimpin-pemimpin yang suka bercakap bohong, dan suka melakukan kezaliman; sesiapa di kalangan kamu yang membenarkan pembohongannya, dan menyokong kezalimannya, mempertahankan kezalimannya bersama kezalimannya, kau bukan umatku dan aku bukan Nabi kamu, dan kamu tidak akan layak minum air kauthar (telaga)ku.” - Riwayat At-Tarmizi Wal Hakim Wannasa'i.

Baca selanjutnya

Friday, October 2, 2009

PAS dakwa hanya 1,200 pengundi pos tinggal di Bagan Pinang

Petikan Malaysiakini

PAS mendakwa semakannya mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos di DUN Bagan Pinang yang masih tinggal di situ.

Mereka terdiri daripada anggota tentera yang tinggal di Kem Seri Rusa - satu-satunya kem tentera dalam DUN Bagan Pinang.

Manakala yang lainnya merupakan mereka yang pencen atau yang telah berpindah atau berkhidmat di tempat lain, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"(Bagan Pinang) antara DUN paling besar yang banyak undi pos, yang berdaftar sebanyak 4,604 orang.

"Tetapi semakan PAS sendiri, kita dapati yang benar-benar berada dalam kem Seri Rusa ini, hanya 1,200 orang, ini mengikut semakan kita.

"Maksudnya orang yang ada dalam kem tersebut. Senarainya ada 4,604 tetapi berdasarkan semakan kita ada 1,200 pengundi. Yang lainnya, sebahagian besarnya sudah bersara," kata Mustafa dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara, pagi ini.
"Mengikut kaedah pilihanraya, yang tidak tinggal lagi dalam kem, sepatutnya dia mengundi sebagai pengundi biasa, sepatutnya begitulah.


Bagaimana di Parlimen Padang Besar?

Masih terdapat begitu ramai pengundi di dalam kem tentera di dalam kawasan pilihanraya Parlimen P.001 Padang Besar.

Di dalam Dun N.02 Beseri:

Peti Undi Tunjong : 272 Pemilih (6 SKN REJ ASKAR JURUTERA)
Peti Undi Tunjong : 246 Pemilih (MARKAS 504 REJ (PSTD) KEM BUKIT KETERI)

Di dalam Dun N.04 Mata Ayer:
Peti Undi Tok Kayaman : 707 pemilih (4 RENJER)

Adakah mereka semua masih berada di dalam kem-kem berkenaan?

Monday, September 28, 2009

Foto Majlis Aidilfitri PAS Kawasan Padang Besar

Majlis Rumah terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Padang Besar diadakan pada 26 September lalu bertempat di rumah Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Anuar Tahir di Beseri. Sambutan orang ramai pada tahun ini amat menggalakkan.
Hadirin mengambil juadah
Kaum tionghua turut hadir

Orang ramai menikmati pelbagai juadah yang dihidangkan

Setiausaha kawasan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak

YDP dan AJK Kawasan menyambut kehadiran para tetamu

Mantan YDP, Haji Abdul Karim turut hadir

Pimpinan PKR Perlis hadir memeriahkan majlis

YDP menyambut kehadiran Pesuruhjaya

Haji Mohd Anuar melayani tetamu

Friday, September 25, 2009

Rumah Terbuka PAS Kawasan Padang Besar

HJ MOHD ANUAR TAHIR, YDP PAS KAWASAN
dan
SEMUA AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN PADANG BESAR
dengan besar hati mempersilakan
YAB / YB / Dato' / Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari
ke
RUMAH TERBUKA PAS KAWASAN PADANG BESAR
pada
26 September 2009
di
Kediaman
YDP PAS KAWASAN, BESERI, PERLIS
jam
8.00 malam.

Kehadiran semua sangat di alu-alukan.

Thursday, September 17, 2009

Cermah Mat Sabu


Tuesday, September 1, 2009

Majlis berbuka puasa DUN Santan

Majlis berbuka puasa DUN Santan diadakan di Markas MTD di Padang Pauh pada 29 Ogos 2009.



Majlis Iftar PAS Kawasan Padang Besar

Majlis berbuka puasa PAS Kawasan Padang Besar telah diadakan pada 28 Ogos lalu di Markas Tarbiyah PAS Kawasan di Santan.

Majlis diserikan dengan kehadiran YDP, Haji Mohd Anuar Tahir, TPJ PAS Perlis, Haji Abdul Karim Md Rejab, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perlis, Mohamad Shukri , Bendahari, Abu Aiman serta Ketua Penerangan, YB Rus'sele Eizan.



YDP di PRK Permatang Pasir

Gambar YDP PAS Kawasan Padang Besar bersama Ustaz Salleh Man di Markas Induk PRK Permatang Pasir. Semasa gambar ini diambil, Ustaz Salleh sudah diisytihar sebagai YB

Thursday, August 13, 2009

Tahniah kepada YDP

Seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan tahniah kepada Yang DiPertua, Haji Mohd Anuar Tahir yang telah menerima menantu sulungnya baru-baru ini.


Majlis perkahwinan anak beliau diadakan pada 9 Ogos lalu di Shah Alam.

Budi Bahasa Budaya Kita

Kerajaan Malaysia yang ditunjangi Umno/BN telah memperkenalkan pelbagai slogan untuk dihayati rakyat (atau memang terkenal sebagai kerajaan slogan) .


Antara yang telah diperkenalkan "Bersih, Cekap, Amanah", "Penerapan Nilai-nilai Islam", "Kepimpinan Melalui Tauladan", "Budi Bahasa Budaya Kita" dan "Islam Hadhari".

Itu kerja pimpinan terdahulu. Sekarang ni kecoh pasal 1 Malaysia pula...

Jika diimbas foto di atas, sudah pasti sekilas pandangan kita akan mengatakan manusia-manusia yang terdapat di dalam foto tersebut adalah samada ahli ataupun penyokong Umno/BN. Baca di sini dan di sini

Apapun seperti slogan yang pernah kerajaan uar-uarkan iaitu "Budi Bahasa Budaya Kita", foto di atas jelas tidak menggambarkan sebuah masyarakat yang berbudi bahasa.

Kalau di negeri Perlis sendiri, seorang pemimpin Umno (yang bergelar YB dan digelar sebagai Ketua Pembangkang oleh YB Sanglang) sering mengatakan pihak pembangkang suka memaki hamun di dalam ceramah. Sejak dari beliau bergelar YAB dan kini YB biasa, dia sering membangkitkan cerita maki-hamun ketika sidang DUN.

Kalau pembangkang (sebut PAS la senang sikit) dia kata suka maki-hamun dalam ceramah di Jejawi, foto di atas tu macamana pula? Oh ya... bukan maki-hamun tapi mencarut.... Bila Tok Guru kata Tuhan pun mencarut, maka juak-juak media Umno/BN pun saban hari menggegerkan isu ini...

Adakah ini budi-bahasa yang cuba nak dipertontonkan kepada masyarakat umum khususnya kepada golongan muda? Sekarang ni kanak-kanak pun dah pandai melayari internet dan membaca blog... Nanti anak-anak tanya, "Abah... PU****K tu apa?". Kita pakat-pakat jawab la... Barula jadi macam Esfahan dalam Radio Sinar tu....

Tuesday, August 11, 2009

AJK PAS Kawasan sertai forum Merdeka Centre

Baru-baru ini 3 orang AJK PAS Kawasan Padang Besar telah dijemput menghadiri Forum Awam: Islam dan Demokrasi anjuran Merdeka Centre.

Naib Yang DiPertua, Abdul Halim Ali; Setiausaha,Hisharuddin Hassan dan Bashir Ishak telah menghadiri program ini yang diadakan 7 Ogos lalu.

Forum ini yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar disertai wakil dari pelbagai pertubuhan dan parti politik.

Hisharuddin dan Bashir dalam kumpulan yang turut disertai Setiausaha Umno Bahagian, wakil MIC, PKR dan Kelab Penyokong PAS
Abdul Halim (kiri) dalam kumpulan yang turut disertai Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid



Monday, August 10, 2009

Permatang Pasir: Penamaan calon 17 Ogos, pengundian 25 Ogos

Terkini: Suruhanjya Pilihanraya mengumumkan penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil N.11 Permatang Pasir, Pulau Pinang akan diadakan pada 17 Ogos ini, manakala hari pengundian pula jatuh pada 25 Ogos (Di bulan Ramadan)

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA TURUN MEMBANTU JENTERA PARTI KITA BAGI MEMASTIKAN UMNO DITUMBANGKAN... SEMANGAT JIHAD AKAN LEBIH MEMBARA BILA KITA BERTUGAS DI BULAN RAMADAN.. INSYA ALLAH!!!

Thursday, August 6, 2009

Majlis Silaturrahim DUN Chuping

Majlis Silaturrahim antara saf kepimpinan PAS Kawasan dengan MTD Chuping diadakan di Markas PAS Panggas Besar pada 4 Ogos lalu.

Antara AJK DUN dan cawangan yang hadir

Pengarah MTD baru, Haji Shamsuddin Ibrahim berucap

YDP berucap



Tuesday, August 4, 2009

Ceramah di Kok Klang

Lajnah Penerangan PAS Kawasan Padang Besar telah mengadakan ceramah penerangan di Markas PAS Cawangan Kok Klang pada 29 Julai lalu.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman hadir selaku penceramah utama. Selain itu, Timbalan YDP, Wan Kharizal Wan Khazim dan Ketua Penerangan, Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Hafiz turut berucap.

Mazlan:
Lambat-laun Umno/BN akan tumbang juga!!
Timbalan YDP:
Umno/BN terus menipu rakyat

Ustaz Zol :
Mengapa tidak dibuat fatwa tentang ISA yang sudah lama
digubal sedangkan institusi mufti sudah lama wujud di negara ini?