Thursday, December 3, 2009

Ceramah sempena Ijtimak Korban

CHUPING - PAS Kawasan Padang Besar mengadakan program Ijtimak Korban bertempat di rumah Timbalan YDP, Wan Kharizal Wan Khazim di Kampung Bawah Bukit di Chuping.
Pada sebelah malamnya pula diadakan majlis kenduri rakyat di samping ceramah penerangan isu semasa.
Majlis ceramah dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS KAwasan, Ustaz Zolkharnain Abidindan dua orang pimpinan telah menyampaikan ucapan mereka iaitu tuan rumah, Wan Kharizal serta Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya selaku penceramah undangan.

Ustaz Ahmad Yahya menyampaikan ceramahnya

Selain memberikan tazkirah berkaitan ibadah korban, Ustaz Ahmad turut mengupas pelbagai isu semasa termasuk perkembangan politik di negeri Kedah.

Katanya, pihak Umno/BN kini semakin tersepit akibat sokongan rakyat menebelahi Pakatan Rakyat sehinggakan mereka sanggup memperkudakan tiga agensi iaitu polis, SPR dan SPRM.

"Contohnya baru-baru ini, saya bersama beberapa orang Pemuda PAS Kedah pergi hantar memorandum membantah penerbitan artikel berkaitan peristiwa Memali kepada akhbar Kosmo, tapi saya pula disoal-siasat polis kerana didakwa menganjurkan perhimpunan haram," jelasnya.

0 comments: