Sunday, June 28, 2009

Q & A Royalti Gas Asli Kelantan

Apa yang ada di perairan Kelantan?
  • Simpanan gas asli sebanyak 13 trilion (13,000,000,000,000) kaki persegi dan sedia untuk diteroka.
  • Simpanan itu mencukupi untuk 7 generasi rakyat Kelantan, lebih kurang 500 tahun lamanya.
Dimanakah simpanan itu terletak?

Terletak di perairan Kelantan diblok-blok berikut iaitu Blok A18, Blok B17 & C19 , PM3, Sub-Blok Ular, PM301 & PM302, PM303, PM311 dan 312.

Apa yang dituntut oleh rakyat Kelantan?

  • Rakyat Kelantan menuntut hak Pendaratan gas asli di buat di pantai Kelantan.
  • Royalti gas asli yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada rakyat Kelantan.

Apa yang Kerajaan Persekutuan telah buat?

  • Petronas mengesahkan bahawa operasi gas asli di Blok A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.
  • Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

Berapakah pengeluaran gas asli sehari?

Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong gas asli sehari.

Dimanakah gas asli daripada perairan Kelantan itu didaratkan?

Kerajaan BN memilihi Songkhla dan Kerteh untuk pendaratan gas asli itu pada hal jaraknya adalah seperti berikut:

  • Blok A 18 ke Songkhla – 227 km
  • Blok A 18 ke Kerteh – 330 km
  • Blok A 18 ke Kota Bharu – 140 km

Kerajaan BN tetap memilih Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh.

Apakah yang kerajaan Kelantan telah lakukan?

Untuk mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan ekonominya, kerajaan Kelantan telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk petroleum.

Berapakah jumlah royalti yang sepatutnya Kelantan dapat?

  • Menerusi penerokaan gas asli di Blok A 18, Petronas sepatutnya membayar royalti sebanyak RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari.
  • Ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti gas asli yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

Apa yang akan dibuat oleh Kelantan dengan royalti sebanyak itu?

  • Kerajaan Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
  • Kerajaan Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

Bilakah telaga-telaga gas asli yang selebihnya akan beroperasi?

  • Blok A 18 Fasa 2 - Tahun 2010
  • Blok B 17 dan C 19 – Bermula suku ke tiga 2009.
  • Blok PM301 dan PM302 – Bermula 2011 dan 2012
  • Blok PM3 – Bermula suku ke tiga 2008

Berapa jumlah royalti gas asli yang menjadi hak Kelantan?

Apabila semua telaga-telaga gas asli ini beroperasi, royalti gas asli yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion).

Royalto gas asli ini hak siapa?

  • Hak rakyat Kelantan
  • Kalau BN menang di Kelantan, negeri ini akan menerima nasib seperti Terengganu. Royalti bertukar menjadi wang ehsan.
  • Wang ehsan Terengganu tidak disalurkan kepada rakyat negeri itu tetapi disalurkan kepada kroni BN seperti Patrick Lim untuk menganjrukan Monsoon Cup.

Apa jadi dengan rakyat Terengganu sekarang?

  • Rakyat Terengganu terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk walaupun menerima RM1.2 billion setahun.
  • Rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
  • Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Mengapa BN kepingin benar untuk merampas semula Kelantan?

Kerana tidak mahu royalti gas asli ini digunakan oleh kerajaan Pas membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan memustahilkan BN untuk merampas Kelantan semula.

0 comments: