Friday, June 26, 2009

Hentikan berpolemik, kerja keras semula -YDP

SANTAN- Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Anuar Tahir mengajak semua jentera PAS di Dun Santan untuk kembali bekerja keras demi memenangkan PAS dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.
Kata beliau, sebarang perselisihan pendapat yang berlaku semasa PRU yang lalu perlulah ditamatkan segera.

"Kalau kita masih berpolemik, ianya tak akan berkesudahan. Cukuplah, tak usah diungkit lagi, kita tutup di sini. Ambillah iktibar dan hikmah dari kesilapan dan bacaan tak tepat dan tindak tanduk tidak sempurna kita dulu.
"Saya dengan rasa rendah diri, bersama dengan kempimpinan baru PAS Kawasan berharap agar dirapatkan kembali saf dan kita cari kejernihan," ujarnya menjawab persoalan wakil cawangan Alor Tampang semasa sesi dialog dalam Majlis Silaturrahim PAS Kawasan bersama MTD Santan malam tadi.

Majlis tersebut di adakan di Markas MTD Santan, Jalan Bulan Purnama, Padang Pauh.
Menjawab persoalan dari wakil cawangan Padang Pauh semasa majlis dialog, beliau menjelaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah kukuh di semua peringkat termasuk di negeri Perlis.

"Kerjasama antara parti Pakatan Rakyat adalah kukuh. Tetapi sebagai tiga buah parti, tentu ada masalah sedikit sebanyak. Apapun berjaya diselesaikan dengan baik oleh pemimpin ketiga-tiga parti," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Anuar turut menggesa agar semua pihak tidak lagi membangkitkan isu Kerajaan Perpaduan yang menghangat suasana politik tanahair beberapa minggu yang lalu.
"Perkara dah tutup dah. Tak usah kita dok berdebat di kedai kopi. Yang pentingnya sekarang kita bekerja untuk membantu memenangkan PAS di Manik Urai dan bekerja kerja untuk menawan negeri Perlis ini," gesanya.

Majlis Silaturrahim ini dianjurkan oleh kepimpinan baru PAS Kawasan untuk turun bertemu jentera PAS di peringkat Dun dan cawangan.

MTD Santan menjadi destinasi pertama program ini. Majlis turut dihadiri AJK PAS Kawasan, MTD dan cawangan-cawangan.

0 comments: